Lazada Malaysia bakal perkenal 'Lazmall Priority Delivery' untuk penghantaran pantas kepada pelanggan | DagangNews Skip to main content

Lazada Malaysia bakal perkenal 'Lazmall Priority Delivery' untuk penghantaran pantas kepada pelanggan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Okt - Lazada Malaysia bakal memperkenalkan 'LazMall Priority Delivery' iaitu pilihan penghantaran yang membolehkan para pelanggan menerima pesanan mereka dalam jangka masa yang cepat untuk kemudahan berganda. 

 

Selain menyerlahkan pengalaman membeli-belah dan meningkatkan tawaran jenama kepada pelanggan, Lazada juga akan memperluaskan tawaran penghantaran percuma supaya pembelian lebih berbaloi.

 

Malah, teknologi terkini Lazada juga membolehkan pengalaman membeli-belah yang tersendiri menerusi ciri yang dikuasakan oleh AR (Augmented Realiti), antaranya Virtual Try-On yang mana para pelanggan boleh mencuba produk kecantikan pada masa sebenar dengan keputusan true-to-life, lantas menjanjikan pengalaman membeli-belah yang terpadan dan ultra-realistik. 

 

Ciri Virtual Try On (VTO) turut memaparkan fungsian yang diperkaya bagi membolehkan para pelanggan memilih dan mencuba produk seperti pembayang mata, alis mata, bedak asas dan pemerah pipi walau di mana mereka berada.

 

Baru-baru ini, Lazada Malaysia turut melancarkan ciri ‘Cuba & Beli’ yang mana para pelanggan berpeluang untuk mencuba produk saiz sampel secara percuma atau pada harga yang amat rendah, serta program Keahlian Kedai LazMall yang membolehkan para pelanggan menikmati keistimewaan serta tawaran eksklusif dari kedai LazMall pilihan mereka.

 

Terdahulu, Lazada Malaysia meraikan jenama dan rakan perniagaan LazMall, serta menyatakan pelaburan yang lebih kukuh semasa LazMall Gala Dinner 2022 yang dianjurkan di ibu negara baru-baru ini. 

 

Peneraju e-dagang tersebut memperkukuhkan usaha untuk memperkasakan jenama dan penjual agar dapat memperkembangkan perniagaan dan berhubung dengan para pelanggan menerusi perkakasan dan platform penyelesaian inovasi tersebut bagi memacu pertumbuhan mereka di ruang e-dagang dan berhubung dengan yang sasaran pelanggan.

 

 

lazada
Alan Chan ketika berucap pada majlis LazMall Gala Dinner 2022

 

 

Kini, walaupun para pelanggan telah kembali ke tabiat pra-pandemik, Lazada Malaysia kekal yakin bahawa 8 daripada 10 pengguna di rantau ini akan terus membeli-belah dalam talian kerana ia terbukti senang dan mudah. 

 

LazMall juga merekodkan penambahan dalam pertumbuhan pelanggan, selaras dengan peningkatan jualan pada kadar yang amat memberangsangkan iaitu 75x pada jam yang pertama berbanding hari jualan biasa semasa Jualan 9.9 lepas.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, para pelanggan kini amat mementingkan ketulenan dan nilai jenama, di samping pengalaman yang unik dan berbeza, maka di atas sebab itu kepercayaan dan kaitan relevan tampil menjadi matawang dalam ekosistem digital. 

 

 

lazada

 

 

"Laporan Lazada Sponsored Solutions (LSS) menunjukkan bahawa 53% daripada para pelanggan di Malaysia kini mencari produk secara terus di app atau platform e-dagang, berbanding pendekatan terdahulu di mana pelanggan mencari produk menerusi enjin pencarian.

 

“Maklumat tersebut juga mengesahkan bahawa kini jenama dan penjual di LazMall mempunyai peluang untuk membina perkongsian minda dan menambahbaik titik sentuhan pelangganmenerusi teknologi dan solusi pemasaran agar dapat memperbaiki keterlibatan mendalam dengan pelanggan serta daya pengekalan yang lebih tinggi, supaya perniagaan mampu membangun dengan lebih mampan. 

 

"Lazada ingin mengajak anda semua untuk menyertai visi e-dagang yang lebih bertenaga dan bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah," katanya. - DagangNews.com