Lazada Malaysia perkenal 2 program bantu peniaga lonjakkan jualan | DagangNews Skip to main content

Lazada Malaysia perkenal 2 program bantu peniaga lonjakkan jualan

Alan Chan (depan dan tengah) bersama penjual yang mendapat pengiktirafan di atas prestasi cemerlang ketika majlis Anugerah Lazada Sellerbration 2023.
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 15 Feb - Lazada Malaysia memperkenalkan program ‘Cashback Tiap Hari’ dan ‘Seller Affiliate’ sempena Lazada University Masterclass Edisi Ke-9 bagi membantu penjual melonjakkan  pendapatan.

 

Kedua-dua program baharu itu mengukuhkan komitmen dan usaha berterusan Lazada untuk memperkasakan penjual dalam membina dan mengembangkan perniagaan dalam talian.

 

Menurut Lazada, ‘Cashback Tiap Hari' membolehkan penjual menawarkan pengalaman beli-belah dalam talian dengan lebih banyak ganjaran kepada pelanggan dan rebat menarik serta pulangan tunai bagi setiap pembelian. 

 

Program ‘Seller Affiliate' pula menawarkan saluran pendapatan tambahan untuk penjual mendapatkan komisen berdasarkan pembelian yang dibuat pelanggan menerusi pautan gabungan.

 

 

Alan Chan at the Lazada University Masterclass 9th Edition
Alan Chan at the Lazada University Masterclass 9th Edition.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, syarikat tersebut beriltizam membantu rakan kongsi dan penjual menjadi lebih cemerlang dan program baharu menawarkan pengalaman beli-belah dalam talian yang lebih baik, berbeza dan memberi ganjaran lebih.

 

“Di samping pembeli akan menikmati diskaun dan penjimatan semasa membuat pembelian, penjual juga dapat menarik pelanggan dengan lebih efisien.

 

“Bersama program Masterclass yang dikendalikan Lazada, kami dapat memperkasakan penjual dengan kelengkapan untuk memaksimumkan potensi perniagaan dan pendapatan mereka, serta meningkatkan lagi kelestarian dan daya tahan perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Alan juga mengalu-alukan lebih ramai penjual untuk memulakan perniagaan digital mereka bersama Lazada, di mana mereka akan terus dibimbing dengan lebih teliti untuk meraih lebih banyak manfaat daripada e-dagang.

 

 

lazada

 

 

Dalam majlis yang berlangsung pada 14 Februari itu, Lazada turut meraikan penjual di platformnya dengan menganjurkan majlis Anugerah Sellerbration 2023, di mana lebih 20 penjual mendapat pengiktirafan di atas prestasi cemerlang.

 

Lazada juga telah melancarkan Pakej Penjual Baharu 2023 baru-baru ini sebagai inisiatif yang membolehkan penjual baharu memulakan perjalanan perniagaan dalam talian mereka tanpa kos penubuhan. 

 

Di samping itu, penjual juga boleh menikmati komisen 0% untuk tempoh 3 bulan, trafik dan pemasaran eksklusif, penghantaran percuma bagi pelanggan dan akses latihan percuma menerusi Lazada University. -DagangNews.com