Lebih 6,000 usahawan sertai seminar Bina Bisnes Berjaya anjuran RichWorks | DagangNews Skip to main content

Lebih 6,000 usahawan sertai seminar Bina Bisnes Berjaya anjuran RichWorks

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman
Oleh FAIZAL ZAKARIA

SHAH ALAM 7 Jun –  Lebih 6,000 usahawan menyertai seminar Bina Bisnes Berjaya anjuran syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks ) selama dua hari dari 4 hingga 5 Jun lalu, di Setia Alam Convention Centre, dekat sini.

 

Seminar yang berakhir Ahad itu dikendalikan secara eksklusif sepenuhnya oleh Pengerusi dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

 

Azizan dalam seminarnya berkata, usahawan tidak lahir semalaman sebaliknya ia memerlukan proses unik yang perlu dihadapi secara sendirian oleh usahawan.

 

“Usahawan dan peniaga perlu mengubah minda untuk hadapi cabaran lepas hari raya dan endemik kerana berniaga cara lama dan tradisional tidak akan berkesan lagi. Situasi sudah berubah dan tahun ini sebenarnya akan lebih mencabar berbanding ketika pandemik bermula,” katanya dalam seminar tersebut.

 

Seminar tersebut turut dihadiri lebih 300 usahawan jutawan daripada program Titan.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd dalam sidang medianya berkata, RichWorks bukannya setakat membimbing individu untuk meningkatkan jualan bisnes, tetapi juga menyediakan langkah-langkah 360 darjah bagi membina bisnes berjaya.

 

Katanya, sebab itu RichWorks putuskan anjurkan program 10x Bina Bisnes Berjaya : Bangkit Bisnes Dari Krisis dalam masa 15 hari saja. 

 

 

richworks

 

richworks

 

richworks

 

richworks

 

 

"Kami menaja program ini untuk menyokong bangsa usahawan ketika tempoh mencabar di samping ulang tahun ke-14 RichWorks. 

 

"RichWorks buat apa yang kita buat dengan terus berikan manfaat dan nilai dalam menyokong dan membantu transformasi bangsa usahawan," katanya ketika sidang akhbar pada hari pertama 10x Bina Bisnes Berjaya. 

 

Program selama dua hari itu berjaya menarik lebih 11,000 pendaftaran yang memfokuskan usahawan dari seluruh negara. 

 

Tambah Radz, bagaimanapun transformasi itu tak berlaku dalam sekelip mata dan mereka perlu melalui proses-proses berkenaan. 

 

 

richworks

 

richworks

 

 

"Fokus program ini yang mana  Azizan memberikan strategi berkesan agar bangsa usahawan mampu bertahan dan bangkit dalam keadaan semasa ini. 

 

"Setiap usahawan ada tiga fasa di mana RichWorks menyokong dari fasa asas (foundation), transformasi (transformation)dan pecutan (acceleration) sesebuah bisnes," ujarnya. 

 

Sementara itu, mengulas kesesakan dan barisan panjang dialami peserta yang berlaku pagi tadi, Radz memberitahu, pihaknya cuba melakukan yang terbaik untuk pastikan soal keselamatan dan keselesaan mereka. 

 

 

richworks

 

richworks

 


"Mereka yang mendaftar perlu buat self check-in untuk kita tahu butiran diperlukan bagi soal kecemasan dan perlindungan insurans yang kami berikan semasa program. 

 

"Kita bukan nak rumitkan keadaan peserta yang kami tahu mempunyai komitmen tinggi untuk kembangkan bisnes meskipun dalam masa cuti panjang ini," jelasnya lagi. - DagangNews.com