Liew Chai Sen diumum sebagai CEO Pasdec baharu | DagangNews Skip to main content

Liew Chai Sen diumum sebagai CEO Pasdec baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pasdec Holdings Bhd melantik Liew Chai Sen sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, manakala bekas pengarah urusan kumpulan, Tew Kim Kiat dilantik semula sebagai pengarah eksekutif.

 

Pasdec dalam makluman Bursa Malaysia hari ini berkata, Liew mula menyertai syarikat pembangunan hartanah itu pada Mac 2019 sebagai pegawai khas kepada pengarah urusan kumpulan.

 

Sebelum itu katanya, beliau merupakan pengawal kewangan kumpulan Aim Realty Sdn Bhd, sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, golf, kemudahan sukan dan rekreasi. 

 

"Beliau merupakan penolong pengurus kewangan dan akaun di Mieco Chipboard Bhd dari 2007 hingga 2014," katanya.

 

Dalam pada itu, Pasdec turut mengumumkan pelantikan Shakerah Enayetali sebagai ketua pegawai operasinya. 

 

Katanya, beliau merupakan setiausaha korporat kumpulan dan ketua bahagian tadbir urus Pasdec sejak September 2019, selain merupakan setiausaha syarikat kumpulan Pasdec.

 

Sementara itu Kim Kiat, merupakan pengarah urusan kumpulan syarikat itu sejak September 2019 dan merupakan abang kepada Datuk Seri Tew Kim Thin, yang merupakan timbalan pengerusi eksekutif dan dianggap sebagai pemegang saham utama syarikat itu melalui Jasa Imani Sdn Bhd. - DagangNews.com