Liverpool masuki pasaran global PUBG bernilai £4 bilion yang memiliki lebih 1 bilion pengguna | DagangNews Skip to main content

Liverpool masuki pasaran global PUBG bernilai £4 bilion yang memiliki lebih 1 bilion pengguna

 

LONDON 5 Nov - Liverpool berjaya mendapatkan lesen di dalam permainan video telefon bimbit, Player Unknown's Battleground (PUBG) yang menyaksikan jenama Reds memasuki pasaran bernilai melebihi £4bilion dengan lebih daripada 1 bilion pengguna di seluruh dunia. 

 

Menurut kajian terkini, Liverpool merupakan jenama yang paling laris di dalam Liga Perdana Inggeris.

 

Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) merupakan pelabur bersama dengan Nike, selain memiliki jalinan kerjasama dengan RedBird Capital dan Fortnite yang mencipta permainan video bagi syarikat LeBron James dan Maverick Carter, SpringHill Entertainment bernilai AS$725 juta.

Menerusi konsep kandungan untuk generasi baharu, ia akan menjadi peranan penting untuk Liverpool dan jenama lain di bawah FSG seperti Boston Red Sox untuk terus maju. 

 

Nike sudah lama berhasrat untuk bersama Liverpool dan FSG mengambil tindakan berani dengan membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi pada 2019 untuk memastikan mereka meninggalkan New Balance.

 

Perjanjian bersama Nike membolehkan Liverpool memperoleh pendapatan tetap £30 juta setahun tetapi ia hadir menerusi 20% daripada royalti jenama itu yang menghampiri £70 juta setahun sama seperti jaminan perolehan Manchester United bersama Adidas. 

 

Bagaimanapun, perjanjian Liverpool dan Nike tidak menetapkan sebarang harga siling dan keuntungan bergantung kepada nilai pasaran semasa.

 

 Apa makna kemenangan? Nike untung atau Liverpool rugi?

 

Penyokong Liverpool dan rakan kongsi FSG merupakan pelangggan paling berharga dengan nilai mencecah AS$1 bilion. 

 

Nike sudah mengemukakan permohonan cap dagang untuk penjualan barang di metaverse dalam permainan video yang memiliki pasaran yang sangat besar dan permohonan itu dikemukakan di Pejabat Patent dan Cap Dagang Amerika Syarikat (USPTO) pada 27 Oktober lalu.

 

Nike mahu meletakkan cap dagang kepada barangan yang boleh dimuat turun di alam maya sepert kasut, pakaian, cermin mata, topi, beg sukan, beg sandang, peralatan sukan, barangan seni, permainan dan aksesori untuk dunia maya.

 

Sekiranya permohonan itu diluluskan, ia akan membuka pasaran yang lebih luas kepada Nike dan Liverpool untuk mendapatkan keuntungan daripada jenama mereka secara maya.

 

"Masih terlalu awal untuk diperkatakan mengenai jalinan kerjasama dengan Nike kerana COVID-19 memberikan impak besar ketika ini terutama sektor peruncitan fizikal di seluruh dunia.

 

"Seperti di Liverpool, kami memiliki kekuatan peruncitan di Anfield dan mengikut kepada sejarah ia paling berjaya dalam memasarkan produk kepada peminat. Sama seperti outlet kami di seluruh dunia, saya merasakan Nike akan meletakkan kami di kedudukan yang baik.

 

"Ia akan memacu penjualan kepada pengguna di seluruh dunia dan Nike merupakan jenama besar. Akibat kesan COVID-19 ini, memiliki kemampuan pasaran peruncitan di seluruh dunia seperti Nike adalah kelebihan buat kami.

 

"Saya sudah berbincang bersama Mike Cox yang mengetuai sektor peruncitan dan cenderamata kami. Mereka sudah mencapai rekod pasaran global sejak enam tahun lalu. Sejak kami berkerjasama dengan FSG, kami merkeodkan jualan bersama Nike.

 

"Mereka sedang berusaha untuk berhubung dengan peminat di lokasi baharu seperti di negara-negara bukan Eropah, Asia Barat dan Afrika. Saya merasakan peluang ini akan membolehkan Nike memperkukuhkan jenama mereka dalam pasaran baharu.

 

"Kami adalah kelab global, peminat kami berada di mana saja dan mereka mahukan produk Liverpool di tangan mereka. Memiliki kerjasama dengan Nike adalah penting untuk kami," kata Pengarah Komersial Liverpool, Matt Scammell kepada Liverpool Echo.-DagangNews.com

 

*Berita diolah daripada Liverpool Echo 4 Nov 2021