LVLY jadikan Malaysia pasaran kedua selepas Australia | DagangNews Skip to main content

LVLY jadikan Malaysia pasaran kedua selepas Australia

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Sept - Syarikat penghantaran bunga antarabagsa, LVLY meluaskan perniagaannya ke pasaran antarabangsa dengan menerokai pasaran Malaysia dengan sasaran memberi nafas baharu kepada industri itu dengan komitmen terhadap sisa sifar.

 

LVLY yang diambil alih oleh Southeast Asia’s Limitless Technology Group pada 2022 menjadikan Malaysia sebagai pasaran kedua mereka selepas Australia.

 

Menerusi tawaran penghantaran pada hari yang sama, ia meletakkan jenama itu sebagai antara pelopor dalam ruang e-dagang dan logistik.

 

Sebagai jenama antarabangsa, LVLY mementingkan perniagaan lestari di dalam industri dengan menggunakan bahan penyediaan kotak hadiah daripada sumber domestik dalam usaha mengurangkan jejak karbon selain menyokong industri tempatan.

 

LVLY berpegang teguh kepada komitmen mereka dalam meningkatkan daya tahan selaras dengan inisiatif kerajaan Malaysia dan memberi impak dalam industri.

 

Pendekatan yang digunakan mendorong jenama itu peka terhadap alam sekitar dan sosial.

 

bunga

 

Ketua Pegawai Eksekutif LVLY, David Robinson berkata, visi syarikat itu adalah untuk mengkuhkan kedudukan syarikat penghantaran bunga dan hadiah yang paling digemari serta paling banyak digunakan.

 

"Kami teruja untuk membawakan nilai-nilai seperti kemampanan kepada pasaran Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengasas Bersama LVLY, Hannah Spilva berkata, kami percaya dalam memastikan orang tersayang sentiasa kekal terhubung.

 

"Penghantaran pantas menjadi jangkaan pelanggan dan ia merupakan trend yang mencerminkan dunia penghantaran hadiah di seluruh dunia," katanya. - DagangNews.com