Majlis Belia Felda hargai kerajaan fokus bantu golongan muda Felda cari kerja, perumahan | DagangNews Skip to main content

Majlis Belia Felda hargai kerajaan fokus bantu golongan muda Felda cari kerja, perumahan

oleh ZAKI SALLEH

KOMITMEN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Felda jelas apabila merancang dan telah melaksana banyak inisiatif demi kemajuan berterusan warga peneroka.

 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan beliau juga mengerti untuk menetapkan hala tuju masa hadapan Felda termasuk melibatkan generasi baharu.

 

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hassan berkata, faktor ini juga jelas kerana pengalaman 60 tahun BN dalam pentadbiran negara khususnya Felda.

 

Menurut beliau, sebab itu kejayaan Felda (kawasan tanah rancangan negeri-negeri) dengan pusat hendaklah seiring kerana Felda merupakan agensi di bawah kerajaan persekutuan.

 

"Pada Pilihan raya Negeri Johor misalnya, beberapa perkara berkenaan Felda dalam manifesto BN kini dilaksanakan, jadi saya percaya perkara sama juga akan dilakukan pada peringkat nasional.

 

"Sejak Tan Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Felda, beliau telah memberi tempat kepada generasi kedua Felda dalam pengurusan peringkat wilayah dan kebangsaan.

 

"Buat pertama kali juga generasi baharu Felda diiktiraf apabila dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah. Ini kepercayaan besar diberikan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri," ujarnya kepada DagangNews.

 

 

Muhammad Fadzli Hassan
                      Muhammad Fadzli Hassan

 

 

Beliau berkata, kerajaan juga prihatin apabila menjayakan dua perkara utama yang dihadapi  golongan muda Felda iaitu perumahan dan peluang pekerjaan.

 

Katanya, kerajaan telah menawarkan skim jaminan kredit perumahan dengan dana RM2 bilion untuk membantu generasi kedua mempunyai kediaman.

 

"Skim ini sangat istimewa apabila anak-anak Felda yang tiada slip gaji tetapi boleh membuat pinjaman dan dijamin kerajaan.

 

"Projek perumahan generasi baharu Felda ini penting dan telah pun berjalan misalnya di Johor dengan kerjasama persatuan belia Felda," ujarnya.

mbfm

Justeru, Muhammad Fadzli yakin pada kerajaan sedia ada kerana secara konsisten telah melaksanakan perancangan yang seiring dengan kehendak warga Felda.

 

Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan:

1. Program Pembangunan Peneroka (PPP), 56,699 peneroka mula menikmati tambahan pendapatan dengan purata RM250 hingga RM500 sebulan

2. Meluluskan sebanyak 8,542 projek penternakan dan pertanian dengan dana berjumlah RM212 juta

3. Peruntukan RM6.1 juta untuk dana pengurusan bagi mengambil alih pengurusan pusat mengumpul getah (PMG) daripada FGV Rubber Industries Sdn. Bhd.

4. Dana pusingan sebanyak RM10 juta disediakan bagi meningkatkan kapasiti perniagaan

5. Sebanyak RM7.6 juta sewaan bulanan yang dibayar oleh 2,025 penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF)

6. Dana RM20 juta menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran bagi pembiayaan bagi pembinaan rumah lot

7. Peruntukan khas RM66,000 bagi kesemua 317 rancangan dengan jumlah keseluruhan RM21 juta

8. Hadiah tempat pertama Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF) turut dinaikkan daripada RM500,000kepada RM1 juta. - DagangNewscom