Malaysia juarai 4 kategori robotik di Pertandingan Robot Nusantara 2022 Jakarta | DagangNews Skip to main content

Malaysia juarai 4 kategori robotik di Pertandingan Robot Nusantara 2022 Jakarta

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Okt - Delegasi Malaysia mempamerkan pencapaian yang amat membanggakan dengan menjuarai 4 daripada 9 kategori yang dipertandingkan di Pertandingan Robot Nusantara 2022 (KRON 2022) yang berlangsung buat kali ke-8 di Universiti Indonesia, Jakarta.

 

Selain itu, pencapaian cemerlang ini diiringi dengan 3 kemenangan di tempat kedua dan 7 kemenangan di tempat ketiga sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai, pingat dan sijil.

 

Dengan objektif utama untuk mengasah minat dan bakat anak-anak muda sekaligus meningkatkan potensi mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), pertandingan tahun ini telah menarik seramai 500 peserta dari dalam Indonesia dan luar negara termasuk Malaysia dan Thailand.  

 

Kesemua peserta telah mempamerkan kepakaran dan kesungguhan dalam bidang robotik walaupun mereka masih di peringkat sekolah. 

 

Menyahut aspirasi negara untuk melahirkan generasi mahir dalam bidang STEM, pakar robotik dari JAZRO Robotik Akademi (JAZRO) mengambil inisiatif untuk membimbing 79 delegasi Malaysia menyertai KRON 2022. 

 

JAZRO merupakan sebuah akademi robotik yang membangunkan silibus pendidikan robotik untuk anak-anak seawal usia 5 hingga 17 tahun. Pelajar-pelajarnya digalakkan meneroka dunia robotik dan ‘coding’ dalam suasana kreatif, kondusif dan menyeronokkan. 

 

Visi JAZRO adalah untuk melahirkan golongan muda yang dapat memenuhi keperluan dan peluang pekerjaan pada masa hadapan. JAZRO menawarkan kelas dan program robotik yang direka khas untuk anak-anak di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.  

 

 

kron

 

 

Silibusnya juga disesuaikan dengan kurikulum pembelajaran STEM di sekolah Malaysia.  Bukan itu sahaja, program yang ditawarkan JAZRO meliputi keperluan pelajar atau golongan normal dan juga pelajar atau golongan berkeperluan istimewa. 

 

Terdapat beberapa peringkat dalam satu-satu program yang dijalankan iaitu peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan peringkat lanjutan, oleh itu pelajar dapat menyesuaikan kelas dengan keupayaan dan prestasi diri sendiri. 

 

Program JAZRO dijalankan di seluruh negara secara fizikal dan dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jazro.com.my/.  

 

Ini merupakan persediaan untuk negara dan anak-anak Malaysia menghadapi dunia IR 4.0. - DagangNews.com