Malaysia peroleh mata tertinggi Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia bagi negara ASEAN - PM | DagangNews Skip to main content

Malaysia peroleh mata tertinggi Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia bagi negara ASEAN - PM

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan penghargaan apabila Malaysia memperoleh 66.5 mata dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia yang tertinggi bagi negara ASEAN dan tangga ke-13 daripada 122 negara atau wilayah.

 

Perdana Menteri berkata, indeks pencapaian ini mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.

 

"Tahniah Keluarga Malaysia!. Ianya adalah hasil dari kerja keras dan semangat penyatuan setiap ahli Keluarga Malaysia dalam menempuhi pandemik COVID-19 ini bersama.

 

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia termasuk wira-wira kita iaitu #frontliners yang bertungkus lumus memelihara rakyat dan negara daripada ancaman wabak COVID-19 ini.

 

"Ya, kita berada dalam tempoh pemulihan negara daripada musuh dunia ini iaitu COVID-19. Pelbagai cabaran dan dugaan sudah kita tempuhi, namun semangat sebagai sebuah keluarga perlu sentiasa utuh demi mencapai kemakmuran bersama," katanya menerusi Facebook.

 

Katanya, walaupun negara mencapai indeks yang terbaik, namun beliau mengingatkan supaya jangan sesekali alpa dan sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita. - DagangNews.com