Margin keuntungan 7-Eleven dalam segmen farmaseutikal terus berada dalam tekanan | DagangNews Skip to main content

Margin keuntungan 7-Eleven dalam segmen farmaseutikal terus berada dalam tekanan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Mac - CGS-CIMB Research menjangkakan margin keuntungan 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad dalam segmen farmaseutikal akan terus berada dalam tekanan akibat perang harga yang berlaku di pasaran semasa.

 

Firma penyelidikan itu berkata, 7-Eleven terpaksa menurunkan harga produknya di pasaran dalam usaha menyaingi peningkatan harga di pasaran.

 

"Kami mendapati berlaku penurunan keuntungan bersih dalam segmen farmaseutikal kumpulan itu pada 4Q2021 kesan daripada penyatuan The Pill House dan Welling Pharmacy di Pulau Pinang.

 

"Peningkatan persaingan dalam segmen famaseutikal akan terus memberi tekanan terhadap keuntungan 7-Eleven," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, selain memberi tumpuan kepada perkembangan kedai serbaneka yang menyumbang sebanyak 64% pendapatan pada FY2021), 7-Eleven berhasrat mengembangkan kedai konsep 7-cafe dengan sasaran 100 ke 150 cawangan menerusi campuran kedai baharu dan penukaran kedai serbaneka sedia ada.

 

"Kami positif bahawa pendekatan ini akan membantu meningkatkan jualan campuran selain akan membantu merkea meningkatkan margin perkembangan kedai serbaneka mereka.

 

kedai

 

"Premis ini mempunyai margin jualan yang tinggi untuk makanan segar selaras dengan kehendak pasaran semasa berbanding kedai sebaneka tradisional 7-Eleven," katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kekurangan tenaga pekerja selain waktu operasi yang lebih panjang serta peningkatan kes COVID-19 akibat varian Omicron dijangka memberi kesan kepada 7-Eleven untuk jangka pendek.

 

"Kami mengulangi saranan 'tambah' untuk saham 7-Eleven dengan harga sasaran lebih rendah iaitu RM1.78 selain kami turut merendahkan sasaran margin perolehan sesaham (EPS) akibat kesan daripada segmen farmaseutikal," katanya. - DagangNews.com