Maybank IB jangka peningkatan nilai ringgit bantu pulih harga saham Genting | DagangNews Skip to main content

Maybank IB jangka peningkatan nilai ringgit bantu pulih harga saham Genting

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Julai - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan saranan 'beli' terhadap Genting Berhad walaupun mengurangkan harga sasaran dan anggaran pendapatan sesaham (EPS) dengan jangkaan peningkatan nilai ringgit akan memulihkan harga saham.

 

Firma itu menyemak turun unjuran EPS sebanyak 4% hingga 24% daripada harga sasaran kepada RM5.36 daripada RM5.61 berdasarkan pemulihan yang lebih perlahan daripada jangkaan di Genting Malaysia dan Genting Singapore Limited.

 

Firma itu berkata, perkaitan kukuh antara ringgit/AS$ dan premium/diskaun Genting kepada SOP/saham kerana pegangan saham asingnya yang tinggi.

 

"Kami mendapati warga asing cenderung untuk beli atau jual saham Genting apabila ringgit meningkat atau merosot," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Mengenai Genting Plantation, firma itu menjangkakan kumpulan itu akan mengubah  usahanya untuk meningkatkan hasil minyak sawit daripada mengembangkan  tanahnya kerana kempen anti-minyak sawit.

 

Katanya, mereka juga akan memberi tumpuan untuk mencapai pensijilan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO). 

 

Mengenai Genting Energy, firma penyelidikan itu percaya kapasiti bersihnya berkemungkinan akan terus tertumpu kepada bahan api fosil kerana jumlah arang batu yang tinggi di Indonesia.

 

"Bagaimanapun, Genting Plantation dan Genting Energy sedang menangani isu alam sekitar melalui pensijilan dan teknologi," katanya.

 

Firma itu yakin bahawa pelaburan aktif kumpulan itu dalam sains hayat melalui Genting TauRx Diagnostics Centre Sdn. Bhd., TauRx Pharmaceuticals Ltd, DNAe Group Holdings Limited, Celularity Inc., juga akan membuahkan hasil positif pada masa hadapan. - DagangNews.com