McDonald's Malaysia tawar hadiah sehingga RM100,000 menerusi kempen Jalan-Jalan McD Road Trip Challenge | DagangNews Skip to main content

McDonald's Malaysia tawar hadiah sehingga RM100,000 menerusi kempen Jalan-Jalan McD Road Trip Challenge

Melati Abdul Hai (kanan) bersama Pengarah Kanan Operasi McDonald’s Malaysia, Felina Lim bergambar ketika pelancaran kempen Jalan-Jalan McD Road Trip Challenge
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Dis - McDonald's Malaysia menawarkan hadiah bernilai sehingga RM100,000 menerusi kempen 'Jalan-Jalan McD Road Trip Challenge' iaitu cabaran perjalanan darat sejauh 2,500 kilometer dengan mengunjungi sebanyak 20 restoran pandu lalu ikonik di seluruh negara.

 

Kempen yang bermula dari 10 hingga 31 Disember 2022 menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk menerokai tapak bersejarah di Melaka, menikmati pemandangan indah Cameron Highlands, atau 'berlayar' di sepanjang lebuh raya di Pantai Timur untuk menikmati pemandangan laut sambil menikmati makanan kegemaran McDonald's.

 

Bermula di restoran McDonald's Drive-Thru yang pertama, McDonald's Titiwangsa, kempen Jalan-Jalan McD adalah sebahagian Karnival Pandu Lalu McDonald's, bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mencipta kenangan indah semasa menempuh perjalanan.

 

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, tidak kira mana sahaja rakyat Malaysia pergi pada musim cuti ini, mereka pasti menemui McDonald’s berdekatan dengan tempat mereka berada. 

 

“Sebagai jenama Drive-Thru yang paling mudah diakses dan boleh dipercayai di negara ini, kami teruja untuk membawakan pengalaman Jalan-Jalan McD kepada rakyat Malaysia, dengan membolehkan mereka mencipta kenangan indah bersama orang tersayang ke mana sahaja mereka pergi di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sebagai sebahagian daripada cabaran ini, pelanggan akan menerima Pasport Jalan-Jalan McD apabila mereka membeli pakej istimewa Jalan-Jalan McD dengan harga minimum RM20 melalui ciri ‘Order & Collect’ pada aplikasi McDonald’s. 

 

Untuk setiap pembelian bundle di mana-mana daripada 20 restoran Drive-Thru McDonald yang ditetapkan, pelanggan akan menerima setem dalam pasport mereka. 

 

 

mcd

 

 

10 peserta pertama yang menamatkan cabaran tersebut berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000.

 

Selain mengumpul setem di restoran pandu lalu terpilih, McDonald's juga memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah apabila mereka menyerahkan video perjalanan mereka, yang merangkumi 20 restoran pandu lalu McDonald's terpilih. 

 

 

mcd

 

 

mcd

 

 

Video dengan jumlah 'suka' tertinggi di media sosial akan dikira sebagai pemenang.

 

Selain daripada Jalan-Jalan McD Road Trip Challenge dan peraduan TravelVlog, McDonald’s juga memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah melalui cara lain seperti peraduan Jalan-Jalan McD Stamp & Win. 

 

Peserta hanya perlu mengumpul lima setem dari mana-mana restoran pandu lalu McDonald's di Malaysia untuk memenangi baucar, yang melayakkan pelanggan menebus menu percuma. - DagangNews.com