McDonald's sediakan 3 juta Americano percuma dan pelbagai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober | DagangNews Skip to main content

McDonald's sediakan 3 juta Americano percuma dan pelbagai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober

KUALA LUMPUR 1 Okt – Untuk menyebarkan semangat positif sempena Bulan Kopi Antarabangsa, McDonald’s Malaysia menawarkan tiga juta kopi Americano kepada mereka yang telah divaksinasi.

 

Untuk mengukuhkan lagi semangat bersatu padu, restoran khidmat segera ini juga memperkenalkan 3.5 juta cawan eksklusif #KitaBoleh untuk McCafé di seluruh negara, bagi menceriakan rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka untuk terus sama-sama berdiri teguh dalam susah dan senang.

 

Baucar untuk McCafé Americano diagihkan kepada individu yang menerima vaksin di 75 pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara, mulai pertengahan September 2021. Minuman tersebut boleh ditebus dengan mana-mana pembelian produk McDonald’s sehingga 31 Disember 2021.

 

Sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia untuk terus manjalani kehidupan dan menikmati kopi kegemaran mereka, cawan McCafé dengan mesej semangat #KitaBoleh boleh didapati sempena Bulan Kopi Antarabangsa, Oktober ini.

 

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, berkata, McDonald's mengambil berat kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

''Untuk terus meningkatkan semangat juang kita semua, kami memberikan baucar McCafé Americano percuma di pusat-pusat pemberian vaksin terpilih di seluruh negara sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendapatkan vaksinasi.

 

''Kami komited untuk menyokong masyarakat dengan apa jua cara dan salah satunya adalah melalui minuman kopi yang sememangnya menjadi kegemaran pelanggan kami,” kata beliau dalam kenyataan di sini. 

 

Untuk terus memberikan keseronokan kepada rakyat Malaysia, pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk menukar minuman mereka kepada Iced Latte dengan setiap pembelian McValue Meal.

 

McCafé diperkenalkan pada 2012 untuk membawakan pengalaman espresso dan kopi premium berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan.

 

McD

 

 

''Kopi berkualiti yang disediakan oleh barista terlatih kami boleh dinikmati pada bila-bila masa. Untuk Bulan Kopi Antarabangsa tahun ini, kami berbesar hati menawarkan promosi istemewa ini untuk semua peminat kopi, supaya mereka boleh menikmati McCafé Iced Latte dengan McValue Meal mereka,” tambah Azmir.

 

Selain pemberian baucar dan promosi naik taraf ke McCafé Iced Latte dengan bayaran RM1, McDonald’s Malaysia juga menawarkan promosi McCafé tambahan di aplikasi McDonald’s sepanjang bulan Oktober, termasuklah RM1.99 untuk Iced Latte bersaiz medium, diskaun 50% untuk minuman-minuman terpilih McCafé dan tawaran istimewa untuk kek McCafé terpilih.

 

Dihasilkan daripada 100% bijian kopi Arabica berkualiti premium, dibakar sederhana gelap dan baru dikisar, setiap cawan kopi McCafé disediakan sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan bagi memastikan kesegaran dan mengekalkan rasa kopi – dengan harga berpatutan daripada RM3.99. - DagangNews.com