MEASAT hubungkan 600 sekolah pedalaman melalui jalur lebar CONNECTme NOW | DagangNews Skip to main content

MEASAT hubungkan 600 sekolah pedalaman melalui jalur lebar CONNECTme NOW

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Sept - MEASAT Global Berhad kini menghubungkan hampir 600 sekolah pedalaman di seluruh negara melalui perkhidmatan jalur lebar satelit tanpa wayar berkelajuan tinggi CONNECTme NOW.

 

Inisiatif itu sejajar dengan komitmennya untuk menyediakan akses lebih besar kepada ketersambungan untuk pendidikan, terutamanya dalam masyarakat luar bandar yang kurang mendapat perkhidmatan.

 

Ketua Pegawai Komersial MEASAT, Ganendra Selvaraj berkata, model CONNECTme NOW sesuai untuk lokasi yang mempunyai sedikit atau tiada sambungan darat dan menyediakan akses yang saksama dan kos lebih rendah bagi setiap sekolah. 

 

Katanya, MEASAT berbesar hati bekerjasama dengan Maxis mengembangkan liputan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi ke lebih banyak sekolah melalui perkhidmatan CONNECTme NOW. 

 

"Dalam era ini apabila sambungan internet adalah utiliti asas seperti air dan elektrik, jalur lebar satelit boleh merapatkan jurang digital bagi baki 3% rakyat Malaysia di kawasan terpencil tanpa infrastruktur telekomunikasi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Perkhidmatan CONNECTme NOW boleh memperuntukkan lebar jalur secara dinamik atas permintaan. 

 

Memandangkan peruntukan kuota disediakan berdasarkan setiap pengguna, sekolah dengan populasi dalam sebarang saiz - kecil atau besar, boleh meningkatkan dengan mudah menggunakan seni bina ini, menangani kemungkinan kesesakan lebar jalur. 

 

 

MEASAT

 

 

Perkhidmatan sambungan internet akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar dengan menawarkan kelajuan muat turun sehingga 100Mbps setiap lokasi. 

 

Di luar kuota yang diperuntukkan untuk sekolah, kuota tambahan boleh dibeli berdasarkan setiap pengguna untuk memenuhi permintaan penggunaan peribadi. 

 

 

MEASAT

 

 

Perkhidmatan ini disokong oleh Pusat Pengurusan Rangkaian 24x7 MEASAT serta rangkaian pengedar tempatan yang mantap.

 

Kapasiti jalur lebar satelit sesuai untuk menyediakan rangkaian komunikasi pantas dan merata yang bebas daripada halangan geografi atau infrastruktur daratan.

 

 Ia sesuai untuk lokasi yang sangat terpencil yang sukar diakses, atau kawasan yang kurang sesuai untuk perkhidmatan darat biasa atau menara mudah alih. - DagangNews.com