MIDF Research kekal unjuran hasil, pendapatan IOI Corporation untuk FY22 | DagangNews Skip to main content

MIDF Research kekal unjuran hasil, pendapatan IOI Corporation untuk FY22

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mei - MIDF Research mengekalkan unjuran hasil serta pendapatan IOI Corporation sebanyak RM9.2 bilion and RM1.1 bilion dengan segmen perladangannya akan menerima manfaat daripada harga minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh.

 

Firma itu percaya bahawa permintaan untuk minyak sawit akan kekal tinggi kerana ketidaktentuan peperangan antara Rusia dan Ukraine. 

 

"Selepas mengambil kira faktor berkenaan, firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan sasaran harga (TP) tidak berubah RM5.04," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, keuntungan selepas cukai dan kepentingan tidak dikawal  (PATANCI) kumpulan adalah sebanyak RM1.1 bilion iaitu peningkatan 21.2%.

 

Peningkatangan ketara itu adalah disumbangkan daripada segmen perladangan dan diimbangi sektor pembuatan yang berasaskan kepada sumber dan secara keseluruhan, pendapatan untuk 9MFY22 adalah melebihi jangkaan.

 

Firma itu berkata, keuntungan segmen perladangan melonjak sebanyak 179% pada suku berkenaan kepada RM518.5 juta berbanding RM185.9 juta untuk suku sama tahun lalu dan ia didorong sumbangan positif daripada MSM.

 

Bagi pembuatan berasaskan sumber, firma itu berkata, pendapatan sumber itu pada 3QFY22 adalah sebanyak RM45.8 juta berbanding RM442.2 juta tahun sebelumnya dan ia tidak termasuk kerugian nilai saksama derivatif instrumen kewangan RM17.4 juta.

 

"Pendapatan bagi segmen berkenaan pada 9MFY22menurun sebanyak 51.4% daripada RM503 juta pada 9MFY21. 

 

"Penurunan itu adalah berpunca daripada kekurangan sumbangan daripada syarikat bersekutu," katanya. - DagangNews.com