Mimbar Nusantara yakin jual fasa akhir projek hartanah Chemor Kayangan dan Astana Chemor | DagangNews Skip to main content

Mimbar Nusantara yakin jual fasa akhir projek hartanah Chemor Kayangan dan Astana Chemor

Kediaman Chemor Kayangan merupakan projek kediaman eksklusif mampu milik.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 12 Sept - Prestasi jualan yang baik meyakinkan Mimbar Nusantara Homes Sdn. Bhd. untuk menjual fasa akhir bagi projek hartanahnya, Chemor Kayangan dan Astana Chemor di Tanah Hitam dekat sini.

 

Chemor Kayangan merupakan projek perumahan eksklusif mampu milik dengan suasana kehijauan yang ideal.

 

Terletak hanya 15 minit dari bandaraya Ipoh, lokasinya berhampiran dengan kemudahan penting seperti Klinik Kesihatan Chemor, sekolah, balai polis dan kedai-kedai.

 

Pengarah Urusan Mimbar Nusantara, Nazrin Cheong Abdullah berkata, sebanyak 203 unit kediaman ditawarkan pada Fasa 1 iaitu rumah teres 2 tingkat dan teres setingkat dengan keluasan 20’x70’. 

 

Perak
Rekabentuk moden dalam kediaman Chemor Kayangan.

 

Perak

 

Menurut beliau, pada harga permulaan RM218,000, projek ini menjanjikan peluang hebat untuk memiliki kediaman yang luas, selesa dan mampu milik.

 

“Projek dijangka siap sepenuhnya pada 2025. Fasa 1A habis dijual termasuk 1B bagi rumah mampu milik.

 

“Hanya Fasa 1C bagi rumah teres dua tingkat telah mencapai jualan sebanyak 80% manakala Fasa 2 pun telah habis ditempah.

 

“Fasa 3A yang bakal dibuka untuk pendaftaran bagi rumah teres satu tingkat yang akan dijual bawah RM250,000.00 seunit. Ini menandakan sambutan yang sangat baik daripada pembeli,” ujarnya kepada Dagang News.

 

Bagi memudahkan lagi peluang golongan sasar memiliki kediaman, Mimbar Nusantara menawarkan promosi sempena meraikan bulan kemerdekaan.

 

Perak
Projek perumahan Astana Chemor semasa dilancarkan pada Mei lalu.

 

Menurut Nazrin, pembeli dikecualikan yuran tempahan dan yuran guaman percuma bagi setiap tempahan unit sebelum 16 September.

 

Sementara itu, Mimbar Nusantara juga menawarkan sebuah lagi projek perumahan di lokasi sama iaitu Astana Chemor menawarkan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi dengan saiz binaan seluas 124.7 meter persegi. 

 

Harga bermula daripada RM237,500 dengan ansuran bulanan serendah RM1,000.

 

“Projek ini telah dilancarkan pada bulan Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026. 

 

“Fasa 1A telah habis jual dan fasa 1B bagi rumah mampu milik teres dua tingkat telah mencapai jualan sebanyak 76%.

 

“Tempahan hanya RM200 sempena Hari Malaysia dan promosi ini sehingga 15 September sahaja,” ujar beliau. - DagangNews.com