Mitrajaya peroleh projek pembinaan hospital RM174 juta di Shah Alam | DagangNews Skip to main content

Mitrajaya peroleh projek pembinaan hospital RM174 juta di Shah Alam

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 16 Mei - Mitrajaya Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM174.3 juta untuk membina sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.

 

Kumpulan itu, menerusi Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd milik penuhnya, menerima kontrak daripada Avisena Healthcare Sdn Bhd pada Rabu.

 

Akan disiapkan dalam 36 bulan, kontrak itu dijadualkan siap pada 21 Mei 2027, kata Mitrajaya dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

 

mitrajaya

 

 

Mitrajaya, yang terlibat dalam pembinaan dan pembangunan hartanah, mengalami kerugian selama tiga suku berturut-turut.

 

Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2023 (FY2023), kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih RM2.46 juta berbanding keuntungan bersih RM2.27 juta setahun sebelumnya, kerana ia menyaksikan pendapatan kewangan yang lebih rendah, manakala hasil turun 18.89% tahun-atas tahun kepada RM46.18 juta.

 

Namun begitu, keuntungan bersih untuk penuh FY2023 meningkat dua kali ganda kepada RM14.1 juta daripada RM7.4 juta, apabila hasil terkumpul meningkat kepada RM294.78 juta daripada RM259.58 juta.

 

Keuntungan setahun penuh yang lebih kukuh itu disebabkan terutamanya oleh keuntungan sekali sahaja daripada pelupusan tanah di Pulau Melaka, yang menyumbang RM63 juta kepada hasil dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM32.52 juta.  - DagangNews.com