Mitsubishi rai pencapaian jualan 100,000 unit Triton di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Mitsubishi rai pencapaian jualan 100,000 unit Triton di Malaysia

Shinya Ikeda (dua dari kiri) menyerahkan replika 100,000 km diesel bernilai sehingga RM27,000 kepada pelanggannya yang ke-100,000, Muhammad Faerus (tiga dari kanan).
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Sept - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, baru-baru ini meraikan trak pikap Mitsubishi Triton yang mencapai pencapaian jualan 100,000 unit di Malaysia.

 

Sejak penubuhan syarikat pada tahun 2005, Mitsubishi Motors telah terus menyampaikan produk inovatif kepada rakyat Malaysia. 

 

Trak pikap Triton telah menjadi asas kepada perniagaan Mitsubishi Motors dan selama ini telah memberi manfaat kepada pelanggan dari segi pengendalian yang baik, prestasi, keselamatan dan harga yang kompetitif untuk memenuhi pelbagai jenis pelanggan.

 

Tahun lepas, trak pikap Triton yang mantap mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh sebanyak 22% walaupun berdepan pandemik dan persaingan sihat daripada pesaingnya. Trak pikap Triton menjual 9,268 unit pada 2021, pertumbuhan 34% berbanding tahun sebelumnya.

 

Untuk memperingati pencapaian penting ini, syarikat itu memberikan 100,000 kilometer (km) diesel bernilai sehingga RM27,000 kepada pelanggannya yang ke-100,000, Muhammad Faerus yang juga seorang kontraktor pemasangan panel solar di salah satu pengedar sahnya EON Auto Mart di Jalan Ampang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda berkata, sejak Triton diperkenalkan di Malaysia, ia telah terbukti sebagai salah satu trak pikap kegemaran di Malaysia dengan rupa lasak, serba boleh dan pengendalian yang baik. 

 

"Ia mampu dalam keadaan luar jalan yang paling teruk tetapi juga sempurna sebagai kenderaan harian. Pelanggan Triton kami datang daripada semua lapisan masyarakat, pemilik perniagaan, peminat luar jalan dan pengguna gaya hidup. 

 

 

MMM

 

 

"Selama bertahun-tahun, dengan teknologi dan fungsi Triton yang dipertingkatkan, ia telah memberi inspirasi kepada pemilik untuk menyahut cabaran dan menolak sempadan dalam mencipta perjalanan hidup yang menarik, sambil memenuhi impian dan cita-cita mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada komitmen kuat pengedar dan rakan niaga MMM yang sah, serta terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakan media yang telah mendorong Mitsubishi Motors Malaysia mencapai kejayaan penting ini.

 

Sempena sambutan ini, Mitsubishi Motors menganjurkan Peraduan 100,000 Triton Ambitions bermula pada 14 September 2022. Peraduan ini dianjurkan untuk semua pelanggan Triton memandangkan jenama itu mencapai kejayaan penting ini. 

 

Semua pemilik perlu mengisi borang kaji selidik peraduan dan menyerahkan foto sama ada dalam satu atau keempat-empat kategori di bawah:

 

  • a. Aktiviti riadah pemilik Stylo King yang paling tidak dapat dilupakan dengan Triton

 

  • b. Tough Champ- pengalaman paling sukar pemilik dengan Triton

 

  • c. Extreme Adventurer- perjalanan jarak jauh pemilik yang paling tidak dapat dilupakan dengan Triton

 

  • d. Mod Hero- Triton terbaharu pemilik yang paling hebat

 

Dengan menyertai peraduan, pemenang daripada setiap kategori di atas akan memenangi 25,000KM diesel bernilai sehingga RM7,000 setiap satu. 

 

Borang peraduan, penyerahan gambar, dan terma dan syarat peraduan terperinci boleh didapati di laman web rasmi Mitsubishi Motors di https://www.mitsubishi-motors.com.my/ mulai 14 September 2022. - DagangNews.com