Moscow Central Diameter-4 mulakan perkhidmatan sasar 270,000 penumpang setiap hari menjelang akhir tahun ini | DagangNews Skip to main content

Moscow Central Diameter-4 mulakan perkhidmatan sasar 270,000 penumpang setiap hari menjelang akhir tahun ini

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Sept - Moscow Central Diameter Keempat (MCD-4) dilancarkan di Moscow, Rusia yang menawarkan penumpang dengan masa perjalanan lebih pantas, keselesaan serta lebih murah.

 

Laluan komuter yang baharu ini bersilang dengan ibu negara Rusia dari barat ke timur, dan menghubungkan tujuh stesen jalan kereta api pusat bagi metropolis tersebut.

 

Diameter baharu ini telah dibuka kurang dari sebulan selepas MCD-3 dan telah menjadi laluan sistem alihan cepat terpanjang, sepanjang 86 kilometer (km). 

 

Laluan ini mempunyai 36 stesen dengan 38 pilihan sambungan ke kereta api bawah tanah, MCC dan MCD yang lain. 

 

Mempunyai infrastruktur paling terkini antara semua empat laluan, MCD-4 akan mempunyai dua lagi stesen tidak lama lagi. 67% daripada semua stesen (24) telah menjadi hab pengangkutan Moscow dan memenuhi standard sistem pergerakan bandar tinggi.

 

Selang trafik MCD-4 hanyalah 5.5 minit semasa masa puncak, dan tambang dikurangkan sebanyak 3 kali ganda daripada 200 kepada 65 ruble kerana sistem tarif baharu. 

 

Pelancaran diameter keempat ini akan memberikan kesan ketara kepada keseluruhan sistem pergerakan Moscow. Laluan kereta api bawah tanah bersebelahan akan melihat pengurangan trafik sebanyak 9%, bilangan kereta di atas sesetengah lebuh raya akan berkurangan.

 

Ketua Jabatan Pengangkutan dan Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan Jalan Raya Bandar Moscow, Maksim Liksutov berkata, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin melancarkan satu lagi diameter. 

 

 

moscow

 

 

"MCD-4 menyambungkan lebih daripada 20 daerah Moscow dan 4 bandar dalam subbandar Moscow. Kami meramalkan menjelang akhir tahun 2023, diameter ini akan digunakan oleh 260,000 hingga 270,000 penumpang setiap hari dengan kapasiti tambahan untuk tahun-tahun yang akan datang," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

MCD merupakan salah satu daripada projek pergerakan bandar paling bercita-cita tinggi di Rusia dan di dunia, yang mewujudkan ruang yang lancar di metropolis Moscow. 

 

 

moscow

 

 

Dua diameter pertama memulakan operasi pada 21 November 2019. Projek tersebut mencipta rekod masa 2 tahun untuk direalisasikan. 

 

Lebih daripada 600 juta penumpang telah melakukan perjalanan menggunakan MCD sejak pelancaran diameter tersebut. Pada 2023, ibu negara ini rancak dengan projek pengangkutan besar yang baharu. 

 

 

moscow

 

 

Pada musim bunga, keseluruhan laluan metro Big Circle - lingkaran metro terpanjang di dunia dilancarkan, dan pada 17 Ogos, Moscow Central Diameter Ketiga (MCD-3) memulakan operasi. - DagangNews.com