MR D.I.Y. Group beri jaminan tiada kenaikan harga hingga 31 Mac 2022 | DagangNews Skip to main content

MR D.I.Y. Group beri jaminan tiada kenaikan harga hingga 31 Mac 2022

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 7 Jan - Syarikat perkakasan rumah terbesar negara, MR D.I.Y. Group (M) Berhad tidak akan menaikkan harga untuk tiga jenamanya iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR sehingga 31 Mac 2022.

 

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, langkah itu diambil sebagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia untuk terus berjimat dalam suasana pandemik ini dan ia adalah selaras dengan komitmen syarikat untuk membekalkan barangan pada harga berpatutan. 

 

Beliau memberitahu, pandemik COVID-19 telah menjejaskan rantaian pemasaran global menjadikan kos pembuatan, pengangkutan dan barangan runcit meningkat menyebabkan ramai peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka.

 

"Bagaimanapun, MR D.I.Y nekad untuk memastikan harga barangan stabil agar para pembeli tidak terkesan.

 

“Kami memanfaatkan hubungan terus dengan kilang pengeluar, sistem logistik kami yang sedia ada serta keputusan data analitik untuk memastikan kami sentiasa memberikan yang terbaik pada kadar harga yang berpatutan.

 

"Kami berharap dengan komitmen kami untuk tidak menaikkan harga barangan dapat membantu mengurangkan bebas rakyat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

diy

 

Alex berkata, MR D.I.Y. Group juga cekap dalam memastikan stok sentoasa mencukupi di setiap cawangan termasuk barangan pembersihan yang diperlukan mereka yang terlibat dengan bencana banjir serta alatan persekolahan bersempena pembukaan sesi persekolahan, minggu hadapan.

 

"November tahun lalu kami turut mengumumkan pelancaran set ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan kerajaan untuk kegunaan masyarakat.

 

diy

 

"Pelanggan juga boleh mendapatkan lebih 18,000 barangan keperluan harian di cawangan MR. D.I.Y selain barangan keperluan rumah pada harga tetap RM2 atau RM5 di kedai MR. DOLLAR dan permainan kanak-kanak dengan harga berpatutan di MR. TOY," katanya. - DagangNews.com