MR D.I.Y Group raih Anugerah Emas Putra Brand Awards 2021 | DagangNews Skip to main content

MR D.I.Y Group raih Anugerah Emas Putra Brand Awards 2021

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Jan - MR D.I.Y Group berjaya meraih Anugerah Emas di Putra Brand Awards 2021 dalam kategori Peruncitan.

 

Dilancarkan pada 2010 oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As)selaras debgab Jenama Paling Berharga Malaysia (MMVB), Putra Brand Award merupakan satu-satunya anugerah yang mengambil kira undian pengguna dengan menggunakan konsep kajian.

 

Majlis anugerah itu diadakan pada 21 Januari lalu di Majestic Hotel adalah hasil undian daripada 11,000 pengguna merentasi pelbagai kategori dan antara jenama yang terlibat termasuk ASTRO, Digi, Ikea, AEON, KFC, Watsons, Malaysia Airlines, AirAsia dan 7-eleven.

 

Ketua Pemasaran MR D.I.Y, Alex Goh berkata, ia adalah kali pertama kumpulan itu menerima pengiktirafan daripada Putra Brand Awards dan ia amat istimewa kerana adalah hasil daripada undian pengguna sepenuhnya.

 

"Kejayaan ini mencermin usaha kami dalam menyediakan pelbagai barangan keperluan harian pada harga rendah selaras dengan keperluan rakyat terutama dalam situasi mencabar ini.

 

"Pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada kami untuk memberikan yang terbaik dengan cara yang berbeza kepada pengguna dan itu merupakan janji kami kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

diy

 

Beliau berkata, kumpulan itu memperkenalkan beberapa konsep baharu termasuk MR D.I.Y Express yang dilancarkan tahun 2021.

 

“MR DIY Express membolehkan kami membawa konsep kedai runcit ke bandar-bandar kecil dalam memastikan semua mendapat kemudahan yang diperlukan di lokasi yang menyenangkan selain suasana beli belah yang selesa pada harga yang berpatutan.

 

diy

 

"Anugerah ini dilihat sebagai pengiktirafan kepada usaha kami dalam membantu rakyat Malaysia. Terima kasih kepada mereka yang mengundi kami," katanya.

 

Pada masa sama, Alex berterima kasih kepada para kakitangan MR D.I.Y. dalam memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelanggan selama dua tahun ini walaupun berhadapan situasi pandemik dan banjir. - DagangNews.com