Muhibbah Engineering peroleh kontrak RM161 juta bagi projek pembesaran Terminal Maritim Lumut | DagangNews Skip to main content

Muhibbah Engineering peroleh kontrak RM161 juta bagi projek pembesaran Terminal Maritim Lumut

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 20 Nov - Muhibbah Engineering (M) Bhd telah memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM161 juta bagi projek pembesaran Terminal Maritim Lumut.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan itu berkata kontrak berkenaan dianugerahkan oleh Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd bagi cadangan pembinaan dan penyiapan projek pembesaran terminal maritim tersebut di Manjung, Perak.

 

Kumpulan itu berkata projek itu dijadualkan bermula serta-merta dan dijangka siap dalam tempoh 20 bulan.

 

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Muhibbah dan anak-anak syarikatnya untuk tahun kewangan semasa dan akan datang,” katanya.

 

Saham Muhibbah Engineering ditutup tinggi pada 70 sen, menokok 1.5 sen atau 2.2% dengan permodalan pasarannya berjumlah RM509 juta.  - DagangNews.com