MYEG Philippines akan aktifkan sistem OTTSS untuk pembayaran cukai pelancongan secara dalam talian | DagangNews Skip to main content

MYEG Philippines akan aktifkan sistem OTTSS untuk pembayaran cukai pelancongan secara dalam talian

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jun - MY E.G. Services Berhad menerusi syarikat usahamanya di Filipina iaitu I-Pay MYEG Philippines Inc. (MYEG Philippines) akan mengatifkan 90,000 saluran pembayaran cukai pelancongan menerusi Sistem Perkhidmatan Cukai Pelancongan Dalam Talian (OTTSS).

 

MIDF Research berkata, saluran pembayaran itu adalah hasil kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Infrastruktur dan Zon Perusahaan (TIEZA) BAGI menyediakan saluran untuk membayar cukai perjalanan dalam talian pada bila-bila masa semasa mereka kekal selamat dalam keselesaan rumah mereka.

 

Firma itu berkata, pengguna boleh menggunakan E-Dompet (GCash, Maya, ShopeePay, dan GrabPay), kad kredit/debit, pindahan bank dalam talian daripada pelbagai bank.

 

"Mereka juga boleh membuat pembayaran secara tunai daripada 7-Eleven, pusat beli belah Robinsons, pusat beli belah SM, pasaraya SM dan pelbagai lagi.

 

"Sistem OTTSS itu dijangka dilancarkan pada 18 Jun 2022," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, MY EG Services memetrai perjanjian bersama TIEZA bagi melaksanakan portal pembayaran secara dalam talian untuk memudahkan urusan pembayaran cukai untuk melancong.

 

Firma itu berkata, prospek kerjasama itu dilihat sangat positif selepas sempadan antarabangsa sudah mula dibuka membolehkan lebih ramai rakyat Filipina untuk melancong ke negara lain.

 

"Kami menjangkakan kerjasama itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan ke hadapan.

 

"Secara keseluruhan, kami positif dengan rancangan perniagaan jangka panjang MY E.G. Services selepasmengambil kira kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam penyelesaian elektronik dengan penyedia pemprosesan e-pembayaran terkemuka.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM1.25," katanya. - DagangNews.com