Naluri, kini di airasia super app | DagangNews Skip to main content

Naluri, kini di airasia super app

 

 

KUALA LUMPUR 29 Mac - Airasia kini menawarkan penggunanya pengalaman holistik merangkumi keperluan kesejahteraan dan kesihatan dengan kerjasama Naluri, menerusi Naluri Food Journal. 

 

Ini merupakan sebahagian daripada ciri Nutrition Improvement Program yang tersedia secara percuma untuk semua pengguna airasia super app.

 

Naluri Food Journal menjadikan penjejakan kalori makanan lebih mudah dengan hanya memuat naik gambar makanan.

 

Tidak seperti catatan tradisional, Naluri memberikan penilaian makanan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan serta nasihat pemakanan dan diet daripada pasukan Naluri yang terdiri daripada pakar berdaftar untuk menjadikan pengguna. 

 

Ciri baharu yang menarik ini kini tersedia untuk berjuta-juta pengguna airasia super app di Malaysia.

 

Ketua Pegawai Teknologi airasia super app, Pablo Sanz Salcedo berkata, pihaknya berbangga untuk memperkenalkan ciri kesejahteraan pertama di airasia super app untuk semua melalui Nutrition Improvement Program dengan Naluri Food Journal. 

 

“Integrasi aplikasi mini pertama ini merupakan satu kejayaan dalam perjalanan aplikasi super kami di mana kami berhasrat untuk bekerjasama dengan pemaju aplikasi dan komuniti pemula niaga untuk menyediakan platform kepada mereka dalam ekosistem kami. 

 

"Ini juga akan meningkatkan kemampuan mereka melalui satu platform daftar diri, pilihan pembayaran yang dioptimumkan, dan akses kepada platform logistik kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau memberitahu, pelbagai fungsi Naluri bakal diintegrasikan di dalam ekosistem airasia dan lebih banyak aplikasi mini yang lain.

 

Naluri Food Journal yang merupakan sebahagian daripada Nutrition Improvement Program, adalah salah satu daripada pelbagai Aplikasi Mini yang akan dilancarkan di airasia super app untuk melengkapkan gaya hidup pengguna. - DagangNews.com