Nikmati nilai hebat di Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y. | DagangNews Skip to main content

Nikmati nilai hebat di Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati sehingga 40 peratus dan tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk produk-produk tertentu di MR D.I.Y. bersempena ‘Jualan Akhir Tahun’

KUALA LUMPUR 15 Nov – Rakyat Malaysia di seluruh negara kini bersiap sedia untuk menikmati musim membeli-belah akhir tahun, dengan kedatangan Krismas, cuti sekolah bulan Disember dan Tahun Baru Cina.

 

Menyedari keterujaan rakyat di samping memahami cabaran yang dihadapi mereka berikutan kenaikan harga yang berterusan, peruncit perkakas rumah kegemaran negara baru-baru ini melancarkan sebuah inisiatif berfokuskan nilai yang bertujuan untuk memberikan para pembeli pelbagai pilihan sempena musim perayaan tanpa membebankan poket mereka.

 

Kumpulan MR D.I.Y. Berhad melancarkan “Jualan Akhir Tahun” seluruh negara, menawarkan para pelanggan lebih daripada 80 produk dengan diskaun sehingga 40%, serta tawaran “Beli Satu, Percuma Satu” untuk beberapa produk yang popular.

 

Ada sesuatu untuk semua, dari peralatan penjagaan diri, produk penjagaan kereta hingga makanan basah dan kering untuk pencinta kucing (Sehingga November).

 

Peruncit tersebut juga peka dengan kemunculan varian baru COVID-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga, ia turut menawarkan keperluan perlindungan diri seperti pensanitasi, pelitup dan pelindung muka, serta semburan disinfektan pada harga diskaun (Sehingga Disember).

 

 

Alex Goh
                                 Alex Goh

 

 

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, hjung tahun sentiasa membawa mood perayaan - ia merupakan masa untuk meraikan pencapaian pada tahun itu dan untuk mengalu-alukan kedatangan tahun baru, di samping meluangkan masa bersama orang yang tersayang semasa Krismas dan musim cuti.

 

"Ia adalah cara yang terbaik untuk membantu rakyat Malaysia berkumpul bersama orang yang tersayang dan meraikan tahun ini, tanpa perlu bimbang tentang harga dan bajet.

 

"Janji “Always Low Prices” dan penawaran 18,000 produk dari kami bermakna kami pasti ada sesuatu yang sesuai untuk setiap orang!,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y. akan berlangsung sehingga akhir tahun, dan akan turut menawarkan beberapa jenama terkenal, termasuk jenama-jenama pembersih kegunaan rumah seperti MR MUSCLE, pewangi fabrik FEBREZE Ambi Pur, sabun DETTOL dan banyak lagi.

 

Di MR. DOLLAR dan MR. TOY, jualan akhir tahun ini turut melibatkan tawaran menarik “Always RM2 or RM5” dan “Always Low Prices, Always Fun” untuk snek, produk-produk kegunaan rumah, alat tulis, dan mainan sehingga hujung tahun juga. - DagangNews.com