Nikmati penerbangan merentasi seluruh ASEAN menerusi MHflypass dengan harga pengenalan serendah RM1,299 | DagangNews Skip to main content

Nikmati penerbangan merentasi seluruh ASEAN menerusi MHflypass dengan harga pengenalan serendah RM1,299

KUALA LUMPUR 23 Mei - Malaysia Airlines Berhad memperkenalkan MHflypass ASEAN iaitu pas kadar tetap  yang membolehkan pengguna menikmati perjalanan ke destinasi di seluruh rantau ASEAN bermula dengan kadar pengenalan RM1,299.

 

Syarikat penerbangan itu berkata, melalui MHflypass ASEAN, penumpang kini boleh terbang ke 12 bandar dalam ASEAN, melalui rangkaian meluas Malaysia Airlines, dengan setiap pas disertakan enam tiket.

 

“Penumpang layak mendapat tiga perjalanan pergi balik atau enam perjalanan sehala antara bandar pilihan di ASEAN.

 

"MHflypass menawarkan kemudahan dan fleksibiliti terbaik dengan tempoh sah selama satu tahun, dan tiada tempoh penafian atau pembatalan oleh Malaysia Airlines, yang bermaksud pemegang pas boleh menebus penerbangan sepanjang tahun, walaupun semasa tempoh puncak, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan kumpulan, Lau Yin May berkata, tawaran tersebut memberi penumpang syarikat itu lebih banyak bandar untuk dikunjungi sekali gus menggiatkan semula industri pelancongan di seluruh rantau ASEAN.

 

Kenyataan itu berkata MHflypass ASEAN dibahagikan kepada tiga zon, dengan tambang Sepanjang Tahun ialah RM1,499 (harga pengenalan: RM1,299), pas Zon 1 menawarkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan sembilan bandar di Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.

 

masl

 

Zon 2 membolehkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Manila, Hanoi dan Bali pada harga RM2,099, manakala pas Zon 3 yang merangkumi pilihan destinasi terluas boleh dibeli pada harga hanya RM2,699.

 

Pas ASEAN merupakan tambahan kepada MHflypass, yang diperkenalkan pada April 2021, dan terdiri daripada kupon penerbangan untuk perjalanan domestik dalam Malaysia.

 

Tawaran itu juga disertakan dengan perubahan penerbangan tanpa had, membolehkan penumpang mengubah jadual perjalanan mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran. - DagangNews.com