OCK Group terbit Sukuk Murabahah bernilai sehingga RM700 juta | DagangNews Skip to main content

OCK Group terbit Sukuk Murabahah bernilai sehingga RM700 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Sept - OCK Group Berhad menerbitkan Sukuk Murabahah menurut program nota jangka sederhana Islamnya bernilai sehingga RM700 juta dalam nilai nominal selama 30 tahun.

 

Penyedia rumusan rangkaian telekomunikasi itu berkata hasil yang diperoleh daripada terbitan berkenaan akan digunakan untuk membiayai modal kerja am dan perbelanjaan modal serta menstruktur semula pinjaman sedia ada berserta dengan tujuan umum korporat yang lain.

 

Di bawah tranche pertama pelaksanaan yang akan dikeluarkan, Sukuk Murabahah telah pun diakreditasi oleh MARC Ratings Berhad dengan penarafan kredit awal AA- sehingga RM400.0 juta.

 

Hasil daripada Program Sukuk Murabahah, akan digunakan untuk membiayai modal kerja am dan perbelanjaan modal selain penyusunan semula pinjaman sedia ada bersama-sama dengan tujuan am korporat yang lain.

 

Pengarah Urusan OCK Group, Datuk Sam Ooi Chin Khoon percaya bahawa terbitan itu sejajar dengan matlamat jangka panjangnya, kerana ia membolehkannya mengurangkan lagi pinjaman sedia ada melalui penstrukturan semula pinjaman, terutamanya pinjaman dolar Amerika Syarikat (AS).

 

“Ia akan memberi kami modal kerja tambahan untuk mengambil lebih banyak projek yang memerlukan perbelanjaan modal yang besar yang sedang dalam perancangan kami, dan juga memulakan projek baharu, dengan kami boleh melanjutkan pertumbuhan dengan memanfaatkan peluang penggunaan rangkaian 5G," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

United Overseas Bank (Malaysia) Berhad ialah penasihat, pengatur dan pengurus utama bagi program itu. - DagangNews.com