OCR tampilkan Signatures Suites di Bandar Sunway dengan konsep 'socialtainment' | DagangNews Skip to main content

OCR tampilkan Signatures Suites di Bandar Sunway dengan konsep 'socialtainment'

KUALA LUMPUR 22 Dis - Pemaju hartanah OCR Land Holdings Sdn. Bhd. (OCR) mengumumkan penyempurnaan kerja-kerja struktur untuk YOLO Signature Suites (YOLO) miliknya, iaitu projek kediaman 40 tingkat berkepadatan rendah di Bandar Sunway dengan nilai pembangunan kasar RM284 .9 juta.

 

Pengarah Urusan, Billy Ong Kah Hoe berkata, YOLO menawarkan konsep ‘sosial hiburan' segar dan indah yang bersesuaian dengan gaya hidup menarik generasi muda yang arif dan fokus ke hadapan.

 

“Konsep inovatif yang begitu eksklusif ini disokong dengan baik oleh lokasi utama dan kemudahan sekitar, menjadikan YOLO sebagai pilihan pelaburan yang menarik.

 

"Kami yakin YOLO mampu memperoleh liputan sewa yang tinggi dengan hasil sehingga 8.0 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

 

YOLO menampilkan 395 unit eksklusif yang menawarkan elemen gaya hidup moden yang bertenaga termasuk '’sky bar'’ pertama di Bandar Sunway oleh Double O Group, Zus Coffee, kedai serbaneka Eco Mart dan pandu lalu Taco James.

 

"Lokasi utama YOLO di tengah-tengah hab pendidikan Sunway turut disokong oleh kebolehcapaian yang hebat, termasuk hanya 100 meter dari The One Academy, dan berhampiran dengan Taylor’s University, Sunway University, Monash University dan INTI International College,” katanya.

 

Ia juga mempunyai akses mudah ke destinasi membeli-belah termasuk Sunway Pyramid, Empire Shopping Gallery, Paradigm Mall dan IOI Mall Puchong.

 

"Pembinaan YOLO disasarkan siap pada suku kedua 2023," katanya. - DagangNews.com