OM Holdings beli semua pegangan Cahya Mata Sarawak dalam projek peleburan Samalaju | DagangNews Skip to main content

OM Holdings beli semua pegangan Cahya Mata Sarawak dalam projek peleburan Samalaju

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Mei - Anak syarikat OM Holdings Ltd iaitu OM Materials (S) Pte. Ltd. memeterai perjanjian dengan Samalaju Industries Sdn. Bhd.,syarikat di bawah Cahya Mata Sarawak Berhad, yang menyaksikan mereka tidak lagi akan melabur dalam kompleks peleburan ferosilikon dan aloi mangan di Taman Perindustrian Samalaju di Sarawak.

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata,Cahya Mata Sarawak sudah memetrai surat tawaran untuk menjual keseluruhan ekuitinya di dalam OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd. and OM Materials (Samalaju) Sdn. Bhd. kepada OM Holdings dengan nilai AS$120 juta (RM520.20 juta).

 

Menurut OM Holding, perkara itu akan meningkatkan pegangan mereka dalam syarikat itu kepada 100% berbanding 75% sekiranya kumpulan pembinaan, Cahya Mata Sarawak meninggalkan syarikat itu.

 

"Pengambilalihan itu akan memberi kelebihan kepada Kumpulan OMH dan strategi untuk melabur dalam peleburan ferroaloi dan membina kejayaan secara organik untuk kemudahan peleburan OM Sarawak," katanya.

 

Menerusi perjanjian itu, OM Materials akan membeli 165.59 juta saham dan 43.69 juta saham boleh tukar tidak boleh tebus di OM Sarawak, mewakili 25% daripada modal saham terbitan dan berbayar serta modal saham keutamaan dalam syarikat.

 

Kumpulan itu juga akan membeli 32.08 juta saham di dalam OM Samalaju, mewakili 25% modal saham terbitan dan berbayar syarikat.

 

OM Holdings berkata, mereka berhasrat untuk melengkapkan pembelian itu menerusi kombinasi rizab tunai sedia ada, aliran tunai operasi masa hadapan, pinjaman bank dan peningkatan ekuiti pada separuh kedua 2022.

 

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Om Holdings, Low Ngee Tong berkata, pihaknya menghargai sumbangan rakan kongsi mereka, Cahya Mata Sarawak Berhad untuk Projek Sarawak.

 

"Urus niaga ini menggambarkan sesuatu yang pentung dalam perjalanan kami dan melengkapkan strategi OMH dalam mengembangkan pusat peleburan di Sarawak dan menjadi pembekal utama ferroaloi secara global dan memberi nilai tambah kepada semua pemegang saham," katanya. - DagangNews.com