Operasi Tabung Haji Lahad Datu ditangguh bermula hari ini | DagangNews Skip to main content

Operasi Tabung Haji Lahad Datu ditangguh bermula hari ini

Tabung Haji

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Operasi pejabat Tabung Haji (TH) Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini.

TH dalam pemaklumannya di laman sosial Facebook berkata, keputusan tersebut diambil susulan saringan kesihatan ke atas semua anggota TH di pejabat berkenaan.

Tabung Haji

"Operasi TH Lahad Datu ditangguhkan bermula Isnin (28 September 2020) hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

"Manakala waktu operasi di pejabat TH Tawau dan Semporna ditetapkan pada 10 pagi hingga 3 petang bermula Isnin (28 September 2020) hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan," jelas pemakluman tersebut hari ini.

Tabung Haji

TH turut menasihati pendeposit untuk melakukan transaksi dengan menggunakan perkhidmatan dalanm talian THijari dan Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB. - DagangNews.com