Optimax perkenal rawatan laser mata Zeiss Smile Pro guna teknologi terkini Visumax 800 | DagangNews Skip to main content

Optimax perkenal rawatan laser mata Zeiss Smile Pro guna teknologi terkini Visumax 800

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 4 Mac - Optimax Holdings Berhad menjadi pusat pakar mata pertama di Malaysia yang menawarkan rawatan laser mata Zeiss Smile Pro baharu menggunakan Zeiss Visumax 800.

 

Mesin Zeiss Visumax 800, yang menggunakan teknologi terkini, telah merevolusikan pengalaman pesakit dan pakar bedah dengan pengurangan masa pendedahan laser dan meminimumkan potensi ralat transkripsi, menerusi pelaksanaan perancangan rawatan yang dipermudahkan dan analisis data.

 

Rawatan Zeiss Smile Pro menggunakan prosedur invasif minimum, mampu membetulkan pelbagai ralat biasan seperti rabun dekat dan astigmatisme, dengan rawatan lebih pantas, tepat, selamat dan selesa.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Optimax, Sandy Tan berkata, prosedur baharu itu merupakan satu kejayaan besar dalam pembedahan laser mata kerana ia menawarkan pesakit beberapa kelebihan berbanding LASIK tradisional.

 

“Selain itu, membolehkan pakar bedah kami mencipta lentikul kurang daripada 10 saat, yang mengurangkan tekanan bagi pesakit semasa rawatan. 

 

“Pencapaian luar biasa ini menggariskan komitmen Optimax yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan rumusan penjagaan mata bertaraf dunia kepada pesakitnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Sandy menbambah bhawa pengenalan Zeiss Smile Pro dengan Zeiss Visumax 800 menandakan satu lonjakan besar dalam bidang pembedahan refraktif yang memberi keselesaan kepada pesakit dengan PatientSky Lighting. 

 

“Optimax secara konsisten menunjukkan kepimpinannya dalam menerima teknologi termaju untuk memastikan hasil yang optimum untuk pesakitnya. Dengan kemunculan Zeiss Smile Pro, Optimax mengukuhkan dirinya sebagai peneraju berwawasan dalam bidang pembedahan refraktif,” tambahnya. - DagangNews.com