Park Place tawar kediaman dinamik | DagangNews Skip to main content

Park Place tawar kediaman dinamik

Park Place

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah, ParkCity melancarkan konsep kediaman terbaharunya iaitu Park Place yang bersifat lebih dinamik.

Ketua Pegawai Eksekutif ParkCity Group, Datuk Joseph Lau berkata, Park Place telah menetapkan dinamik baharu dalam kediaman bertingkat tinggi dengan menggabungkan pelbagai ciri yang memenuhi keperluan dinamika gaya hidup moden.

"Park Place memulakan pembangunan reka bentuk dan perancangannya pada pertengahan tahun lalu. Pembangunan kediaman ini merangkumi banyak ciri yang sangat berguna untuk gaya hidup pembeli rumah masa kini dengan COVID-19. 

"Elemen-elemen ini berfungsi sebagai penambahan praktikal dan penting kepada kediaman masing-masing," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Park Place dijadualkan siap pada tahun 2024 dan megah berdiri setinggi 54 tingkat untuk menghadirkan gaya hidup komunal baharu yang holistik berserta ruang sosial dan kerja yang kreatif.

Park Place

Dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 4.55 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM770
juta, Park Place menawarkan 537 unit rumah bermula dari 1,109 kaki persegi sehingga 4,047 kaki
persegi.

Setiap unit kediaman memuatkan dua hingga empat bilik tidur yang tersusun di tiga bahagian setara
bergaya elegan di sebuah menara yang sama, yang menghadap landskap menghijau Desa ParkCity
dan pemandangan indah langit Kuala Lumpur.

Park Place terdapat lima jenis pilihan unit yang berbeza sesuai untuk gaya hidup setiap pembeli rumah seperti individu, pasangan muda atau keluarga yang sedang berkembang menerusi pilihan Type A, B, C dan D yang berharga dalam lingkungan RM900,000 hingga RM2.2 juta.

Manakala pilihan Type E, dengan lima unit duplex terhad pada harga bermula daripada RM2.9 juta.

Selain kemudahan umum biasa seperti gimnasium, kawasan barbeku, kolam renang kanak-kanak dan
kolam renang bersaiz Olimpik, Park Place juga menawarkan peluang aktif untuk interaksi sosial menerusi Sky Garden seluas lebih 20,000 kaki persegi yang direka sebagai penambahan rumah yang menyediakan ruang untuk bekerja, bersantai, belajar dan bersosial.

Park Place

Park Place direka sebagai lambang kehidupan bertenaga yang merangkumi unsur-unsur seperti
kreativiti, kebolehcapaian dan kemampanan.

Tambah beliau lagi, Park Place dibina berhampiran dengan Central Park yang merupakan tempat ideal untuk ahli keluarga dan rakan-rakan berkumpul dan berkongsi minat melalui aktiviti berkelah, berjalan kaki secara santai, kanak-kanak bermain atau bersenam.

"Selaras dengan pasaran semasa dan saranan nilai Park Place, harga yang ditawarkan benar-benar berbaloi. Kami berasa gembira kerana Park Place mendapat sambutan yang amat menggalakkan di pasaran. 

"Park Place mendapat sambutan yang menggalakkan semasa acara jualan utamanya hujung minggu
lalu yang menyaksikan lebih 86% unit terjual," ujarnya lagi. - DagangNews.com