Pavilion Damansara Heights Mall bakal dilancar pada Mei 2023 | DagangNews Skip to main content

Pavilion Damansara Heights Mall bakal dilancar pada Mei 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Nov - ‘Permata’ terbaharu di dalam arena pembangunan integrasi Malaysia, Pavilion Damansara Heights Mall, akan sedia menyambut pengunjung pada Mei 2023 dengan lebih 70% ruang niaga pusat membeli-belah yang telah diberi komitmen oleh bakal penyewa.

 

Barisan penyewa terdiri daripada restoran-restoran tersohor, jenama fesyen mewah, dan juga jenama terkenal yang lain.

 

Kombinasi jenama yang telah dirancang secara teliti ini terdiri daripada jenama yang dikenali ramai dan juga jenama-jenama kecil baharu yang bakal menjadi faktor kepada kemunculan Pavilion Damansara Heights Mall sebagai salah satu pusat membeli-belah terbaik bukan sahaja di dalam negara, malah seluruh rantau ini. 

 

Terletak di kejiranan Bukit Damansara, Pavilion Damansara Heights Mall mempunyai luas lebih sejuta kaki persegi yang akan menawarkan pelbagai pengalaman mengasyikkan. 

 

Pusat beli-belah 6 tingkat ini bakal menjadi destinasi mesra pelanggan yang terkenal untuk pelbagai perkara seperti restoran, membeli-belah, hiburan dan riadah. 

 

Ketua Pengarah Eksekutif (Peruncitan) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Datuk Joyce Yap berkata, pembukaan semula sempadan dan kedatangan semula pelancong asing ke Malaysia adalah berita baik buat Pavilion Damansara Heights dan penyewa-penyewa yang dalam persiapan untuk pelancaran pada Mei 2023.

 

“Terdiri daripada 380 kedai dan ini akan membantu kami memenuhi pelbagai keperluan, dari segi keperluan asas sehingga ke keinginan mewah.

 

 

pavilion
Datuk Joyce Yap

 

 

pavilion

 

 

pavilion

 

 

"Kami akan meneruskan usaha untuk menambah baik pendekatan kami sambil mengambil kira aliran pasaran supaya pusat membeli-belah ini akan sentiasa menjadi lokasi yang wajib dikunjungi untuk pelancong luar dan dalam negeri apabila ia dibuka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Jumlah penyewa dianggarkan akan meningkat daripada sekarang hinggalah ke pelancaran pusat membeli-belah pada Mei 2023.

 

Pihak pengurusan yakin bahawa lokasi dan konsep pembangunan Pavilion Damansara Heights Mall akan menarik lebih ramai pelabur dan jenama untuk datang selepas Malaysia mula pulih selepas pandemik. 

 

 

pavilion

 

 

pavilion

 

 

pavilion

 

 

Ini adalah bayangan komitmen Pavilion Damansara Heights Mall sebagai destinasi berasaskan data maklumat untuk membuat keputusan yang lebih baik bagi penyewa dan pihak berkepentingan.

 

Ia bagi mempertahankan daya kompetitif, meningkatkan nilai hartanah dan memberi kemudahan untuk kejiranan sekeliling sambil membuka 4,000 peluang pekerjaan dan pelbagai lagi kesan berganda ekonomi yang lain. - DagangNews.com