Pelaburan projek solar pertama Samaiden di Sunway Nexis mula beroperasi pada 23 Disember 2023 | DagangNews Skip to main content

Pelaburan projek solar pertama Samaiden di Sunway Nexis mula beroperasi pada 23 Disember 2023

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Dis - Samaiden Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Samaiden Capital Management Sdn. Bhd. memulakan pelaburan projek solar pertama di Sunway Nexis yag mula beroperasi pada 23 Disember 2023. 

 

Samaiden akan mengendalikan dan menyelenggara sistem solar fotovoltaik (PV) atas bumbung dengan kapasiti terpasang 531 kilowatt-puncat (kWp) untuk tempoh 20 tahun. 

 

Berdasarkan penjanaan 12.5 juta kilowatt-jam (kWj) dalam tempoh 20 tahun, ini boleh mengurangkan kira-kira 8,400 tan pelepasan karbon.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, sebagai sebahagian daripada pelan kepelbagaian untuk kumpulan.

 

Beliau berkata, pihaknya gembira melihat penyiapan projek pelaburan pertama ini dengan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) telah ditandatangani dengan Perbadanan Pengurusan Sunway Nexis (Sunway Nexis Management Corporation) pada Disember 2021.

 

"Ini adalah peristiwa penting bagi kami kerana kemudahan ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aliran tunai kami secara berulang selama 20 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sunway Nexis,  Teo Poh Heng berkata, pihaknya menekankan kelestarian tenaga boleh diperbaharui (RE) dan Sunway Nexis gembira untuk bekerjasama dengan Samaiden sebagai pelabur solar PV kerana ia sudah tentu akan membantu meningkatkan kesedaran RE dan faedahnya kepada pemilik dan penyewa bangunan. 

 

"Saya berterima kasih kepada Samaiden kerana mengambil inisiatif untuk melabur dalam Solar PV untuk Sunway Nexis kerana ia selaras dengan inisiatif negara dalam melaksanakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di tempat kerja," katanya. - DagangNews.com