Pelantikan politik di agensi, syarikat kerajaan persendakan gerakan reformasi | DagangNews Skip to main content

Pelantikan politik di agensi, syarikat kerajaan persendakan gerakan reformasi

Parti Muda mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang di sekeliling perjuangannya seluruh gerakan Reformasi dibina, membenarkan amalan sedemikian diteruskan. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR 10 Jan - Pelantikan ahli DAP dan PKR baru-baru ini ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lembaga agensi kerajaan mengekalkan kitaran naungan dan kronisme, kata Muda.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, Muda berkata ia adalah "satu penghinaan" bahawa parti-parti yang dahulunya lantang menyokong keadilan dan pembaharuan masih menikmati serta menggunakan amalan `peluang politik'.

 

“Bagaimana parti-parti ini, yang dahulunya bergema dengan harapan dan aspirasi rakyat Malaysia untuk era baharu, kini boleh mengambil bahagian dalam amalan keji yang pernah mereka kutuk dahulu?

 

"Umno, parti yang telah lama dikritik Pakatan Harapan, meneruskan cara lamanya di bawah nama pentadbiran baharu, dengan sekutu rapat seorang menteri kanan dilantik terus di bawah kementeriannya," katanya.

 

Parti itu juga mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang di sekeliling perjuangannya seluruh gerakan Reformasi dibina, membenarkan amalan sedemikian diteruskan.

 

Muda juga menyeru rakyat Malaysia supaya mempertanggungjawabkan parti-parti ini kerana tidak menepati kata-kata mereka.

 

"Hanya melalui penelitian dan tindakan kolektif mereka (rakyat Malaysia) benar-benar boleh membawa perubahan yang amat diperlukan oleh negara ini," tambahnya.

 

Dilaporkan awal minggu ini bahawa timbalan ketua Wanita PKR Juwairiya Zulkifli dilantik sebagai timbalan pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara manakala naib ketua Sangetha Jayakumar dilantik sebagai ahli lembaga Lembaga Pelabuhan Klang.


 

hikayat

 

hikayat

 


Antara yang dinamakan dalam kenyataan Muda ialah bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota PKR Fauzi Abdul Rahman, yang dilantik sebagai pengerusi MyHSR Corporation di bawah Kementerian Kewangan pada Julai; dan RSN Rayer dari DAP, yang dilantik sebagai ketua badan berkanun Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang pada September.

 

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini berkata bahawa pelantikan politik dalam badan berkanun boleh diterima, tetapi bukan GLC. - DagangNews.com