Pembelian dana asing ekutiti tempatan kekal 4 minggu berturut-turut : MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Pembelian dana asing ekutiti tempatan kekal 4 minggu berturut-turut : MIDF Research

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 1 Nov -  Pembelian dana asing bagi ekuiti tempatan kekal berterusan untuk minggu keempat berturut-turut, tetapi pada kadar yang lebih perlahan sebanyak RM1.44 juta minggu lepas berbanding RM587.61 minggu sebelumnya.

 

Menurut MIDF Research, ketika pasaran dibuka semula Isnin lepas, institusi dan peruncit tempatan masing-masing merupakan penjual dan pembeli bersih dengan jumlah RM89.27 juta dan RM36.41 juta. 

 

"Di sebalik aliran masuk bersih mingguan, pelabur asing adalah penjual bersih untuk majoriti minggu ini dengan aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada hari Rabu dan aliran keluar terbesar pada Khamis masing-masing berjumlah RM57.92 juta dan RM52.63 juta.

 

"Peruncit merupakan pembeli bersih setiap hari untuk minggu tersebut dengan belian bersih terbesar oleh peruncit dicatatkan pada Khamis dan belian bersih terkecil pada hari Isnin masing-masing berjumlah RM78.57 juta dan RM36.41 juta. 

 

"Untuk minggu tersebut pembeli bersih peruncit membeli ekuiti bernilai RM308.31 juta di Bursa Malaysia," katanya dalam laporan aliran dana mingguan MIDF di sini hari ini.

 

Sementara itu MIDF berkata, institusi tempatan merekodkan jualan bersih mingguan terkumpul sebanyak RM309.73 juta dan merupakan penjual bersih untuk setiap hari dalam minggu berkenaan dengan jualan bersih terbesar pada hari Rabu iaitu sebanyak RM132.17 juta, manakala aliran keluar bersih terkecil pada hari Jumaat berjumlah RM10.37 juta.

 

Katanya, sejak awal tahun 2021, secara kumulatif, peruncit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti kami dengan nilai RM10.71 bilion.

 

"Institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih masing-masing pada harga RM8.53 bilion dan RM2.18 bilion," katanya. 

 

Firma penganalisis itu menambah, penanda aras FBM KLCI turun 1.62% minggu lepas, manakala pasaran serantau menyaksikan prestasi bercampur-campur. 

 

"Di Asia, pelabur asing menjadi penjual bersih minggu lepas selepas hanya seminggu sebelum belian bersih," katanya. -DagangNews.Com