Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan pacu sektor pelancongan, ekonomi negara - Airbnb | DagangNews Skip to main content

Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan pacu sektor pelancongan, ekonomi negara - Airbnb

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Mac - Tindakan Malaysia membuka semula sempadan antarabangsa bermula 1 April 2022 dilihat sebagai langkah terpenting dalam membangunkan semula sektor pelancongan dan pemulihan ekonomi negara.

 

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata, kehadiran semula pelancong antarabangsa akan membantu meacu semula sektor pelancongan selain peningkatan kehadiran pelancong tempatan selepas terkesan dengan sekatan perjalanan sejak dua tahun lalu.

 

"Airbnb sentiasa bersedia mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Malaysia yang bakal meneroka destinasi baharu dan menjelajah semula ke kawasan yang pernah dikunjungi bersama keluarga.

 

"Kami sentiasa komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan keselamatan pelancong dalam usaha mendorong kebangkitan semula sektor pelancongan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Terdahulu, kerajaan memutuskan supaya sempadan negara dibuka pada 1 April 2022, selari dengan perancangan memasuki fasa peralihan ke endemik.

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara serta tidak merumitkan perjalanan mereka.

 

BACA JUGA: Fasa peralihan endemik: Sektor ekonomi, pelancongan perlu buat persiapan awal - Muhyiddin

 

BACA JUGA: Sempadan negara dibuka 1 April 2022 - PM

 

Walaubagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara dan kebanyakkan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia. - DagangNews.com