Pemilik haiwan peliharaan boleh ambil manfaat perlindungan Insurans PAWer kelolaan Petotum dan Etiqa | DagangNews Skip to main content

Pemilik haiwan peliharaan boleh ambil manfaat perlindungan Insurans PAWer kelolaan Petotum dan Etiqa

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke majlis pelancaran pelan perlindungan haiwan peliharaan komprehensif dikenali sebagai Insurans PAWer.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Sept - Etiqa Insurans Am Berhad dengan kerjasama Petotum melancarkan ‘Insurans PAWer’, sebuah pelan insurans haiwan kesayangan komprehensif yang memanfaatkan potensi kecanggihan teknologi bagi menawarkan kemudahan kepada pemilik haiwan peliharaan.

 

Kerjasama ini memberi nafas baru kepada pemilikan haiwan bertanggungjawab serta insurans, mendefinisikan semula cara pengguna membeli insurans secara dalam talian serta memajukan industri veterinar di Malaysia.

 

Insurans PAWer memperkenalkan ciri-ciri inovatif termasuk kemasukan tanpa wang tunai di panel klinik veterinar dan proses tuntutan yang lancar bagi pemilik haiwan peliharaan. 

 

Selain itu, Insurans PAWer bersedia membuka potensi penuh industri veterinar di Malaysia dan menyumbang kepada usaha pemilikan haiwan dan kebajikan haiwan yang bertanggungjawab.

 

Etiqa Insurance Am Berhad dan Petotum juga sangat teruja bekerjasama rapat dengan industri veterinar, selain menyeru klinik veterinar untuk mendaftar sebagai panel klinik dengan Petotum. 

 

Kerjasama ini akan membantu menyelaraskan lagi proses penjagaan kesihatan dan pemilikan haiwan haiwan yang bertanggungjawab.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurans Am Bhd, Fukhairudin Mohd Yusof berkata, dengan memanfaatkan kepakaran melalui kerjasama ini, pihaknya berhasrat menawarkan produk insurans komprehensif yang melindungi perkara paling penting kepada pemilik haiwan peliharaan, digabungkan dengan pengalaman pelanggan lancar. 

 

 

etiqa

 

 

"Insurans PAWer adalah bukti dedikasi Etiqa dalam merealisasikan misi korporatnya untuk Menjadikan Dunia Tempat yang Lebih Baik, dengan melindungi haiwan kesayangan dan menyebarkan kesedaran tentang kepentingannya. 

 

"Kerjasama kami dengan Petotum mewakili lonjakan yang ketara dalam inovasi industri insurans dan menetapkan standard baharu untuk kemudahan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

 

petotumxetiqa

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Petotum, Afifah Basir pula berkata, pihaknya berbangga menjadi rakan kongsi teknologi untuk Insurans PAWer, membawa dimensi baharu kepada pemilikan haiwan peliharaan bertanggungjawab dan insurans di rantau ini. 

 

"Kerjasama ini adalah bukti teknologi memberi impak positif kepada kehidupan haiwan peliharaan dan pemiliknya. Kami percaya ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada industri haiwan peliharaan di Malaysia tetapi juga menjadi contoh untuk pemilikan haiwan yang bertanggungjawab di seluruh dunia," katanya.

 

 

petotumxetiqa

 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Insurans PAWer dan inisiatif pemilikan haiwan bertanggungjawab, sila layari https://www.petotum.com/pet-insurance. - DagangNews.com