Pendapatan InNature diramal terus menyusut kesan tekanan inflasi - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Pendapatan InNature diramal terus menyusut kesan tekanan inflasi - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pendapatan InNature Bhd diramal terus menyusut kesan daripada tekanan inflasi yang akan terus menghalang pemulihan jualan di negara ia beroperasi.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, hasil pada suku kedua kumpulan itu menyusut 7% kesan daripada jualan lemah di Malaysia (susut 6%), Vietnam (susut 13%) dan Kemboja sebanyak 19% kesan tekanan inflasi yang terus menjejaskan perbelanjaan pengguna.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan pendapatan kumpulan akan kekal lemah sebelum perbelanjaan pengguna meningkat semasa tempoh Krismas dan cuti sekolah akhir tahun.

 

"Berdasarkan semakan, InNature telah menaikkan harga produk pada suku ketiga 2024 tetapi kami tidak pasti tentang kuantum pelarasan pada ketika ini.

 

"Kami menyemak turut pendapatan kumpulan itu antara 29% hingga 34% bagi FY24-FY26," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih 2QFY24 sebanyak RM1.5 juta memnjadikan untuk bersih 1HFY24 kepada RM3.8 juta, mencerminkan hanya 36% daripada kedua-dua anggaran pendapatan setahun penuh dan konsensus.

 

Jumlah jualan yang lemah dan kos operasi yang lebih tinggi daripada jangkaan menjadi punca kepada prestasi yang kurang baik.

 

Maybank IB mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) 23 sen sesaham. - DagangNews.com