Pengguna Celcom boleh nikmati kandungan filem, dokumentari dunia Islam menerusi perkhidmatan Alchemiya | DagangNews Skip to main content

Pengguna Celcom boleh nikmati kandungan filem, dokumentari dunia Islam menerusi perkhidmatan Alchemiya

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Mei - Alchemya iaitu pembekal perkhidmatan TV Internet yang berpangkalan di United Kingdom menawarkan filem, drama, dokumentari, dan rancangan TV mengenai dunia Islam kepada seluruh rakyat Malaysia selepas menjalinkan kerjasama dengan Celcom Axiata Berhad. 

 

Bermula April 2022, kesemua 14 juta pelanggan Celcom boleh menikmati akses penstriman percuma selama tujuh hari tanpa sebarang kos tambahan.

 

Selepas tempoh itui, pelanggan boleh terus menikmati Alchemiya pada harga istimewa RM9 seblum dengan sebulan dengan pembaharuan automatik yang akan dicaj  terus ke akaun pascabayar atau prabayar Celcom, melalui bil mudah alih bersepadu.

 

Pelanggan Celcom boleh mendapat akses ke saluran Alchemiya dengan log masuk ke alchemiya.com/celcom dan terus menonton filem atau rancangan Islamik berkualiti tinggi.

 

Setiap langganan membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan pada pelbagai peranti termasuk telefon bimbit, komputer riba, tablet dan TV pintar, untuk tontonan atas permintaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Alchemiya, Navid Akhtar berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Celcom bagi menawarkan perkhidmatan Alchemiya kepada penonton di Malaysia.

 

"Alchemiya ditubuhkan untuk menghubungkan komuniti Islam Global dengan menghidangkan kandungan yang mencerminkan nilai keluarga Islam selain meraikan budaya, warisan dan tradisi terbaik dari seluruh dunia Islam. 

 

alkamia
Navid Akhtar

 

"Pihak Celcom turut menyokong visi kami dan  kami mendapati bahawa pendekatan ‘community first’ mereka sealiran dengan nilai jajaran kami. 

 

“Kami berharap pelanggan Celcom dapat menilai kandungan kami yang asli  dan menarik, menambah nilai bukan sahaja kepada penonton beragama Islam tetapi juga bagi mereka dari setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Alchemiya sedang berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan penerbit tempatan Malaysia untuk mencipta  kandungan asal yang merangkumi budaya dan warisan Malaysia dengan harapan ia menarik perhatian komuniti Islam Global. 

 

Kejayaan drama sejarah Turki baru-baru ini membuktikan produksi cerita Malaysia boleh juga dihasilkan dan dinikmati di peringkat antarabangsa. 

 

Alchemiya akan terus memperkenalkan perkhidmatan bertaraf dunianya kepada pasaran utama Asia Tenggara pada masa akan datang. - DagangNews.com