Peraduan 'Syawal bersama unifi' tawar hadiah harian lebih RM600,000 | DagangNews Skip to main content

Peraduan 'Syawal bersama unifi' tawar hadiah harian lebih RM600,000

'Syawal bersama unifi'

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 16 April - Penyedia perkhidmatan internet di bawah Telekom Malaysia, unifi memulakan sambutan musim perayaan tahun ini dengan peraduan 'Syawal bersama unifi' bagi tempoh yang terhad.

 

Bermula semalam, pelanggan unifi baharu dan sedia ada berpeluang untuk membawa pulang sebuah TV pintar 55” setiap hari dan hadiah-hadiah menarik lain seperti peralatan elektronik terkini, perkakas rumah dan banyak lagi apabila melanggan atau menaik taraf pelan unifi Home atau unifi Mobile.

 

Ketua Segmen Perniagaan Pengguna unifi, Ahmad Nasri Mohamed berkata, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah unifi Plus Box bagi menikmati hiburan di dalam lebih daripada satu bilik atau meningkatkan liputan Wi-Fi di rumah mereka dengan Mesh Wi-Fi untuk menyertai peraduan tersebut.

 

"Ini adalah Syawal kedua yang akan kita raikan ketika situasi pandemik dan kami mengambil kesempatan ini untuk memeriahkan lagi suasana perayaan dengan lebih banyak keriangan dan senyuman.

 

"Pada masa ini, pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada menikmati penjimatan hebat apabila mereka melanggan perkhidmatan jalur lebar, mudah alih dan hiburan daripada unifi, ditambah dengan unifi Plus Box dan Mesh Wi-Fi,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan;

Hadiah Utama:

  • TV pintar 65”, bernilai RM4,449 (x10)
  • Telefon pintar, bernilai RM2,699 (x20)
  • Pembersih Vakum Tanpa Wayar, bernilai RM2,299 (x20)

 

Hadiah Harian:

  • TV pintar 55”, bernilai RM2,799 (x90)
  • Telefon pintar, bernilai RM1,299 (x90)
  • Periuk tekanan, bernilai RM799 (x90)
  • Penggoreng udara, bernilai RM499 (x90)
  • Baucar Shopee, bernilai RM100 (x90)

 

Melalui kempen berkenaan juga, pelanggan baharu dan sedia ada boleh membuat langganan pakej-pakej unifi Home dan unifi Mobile melalui unifi.com.my, aplikasi myunifi atau berkunjung ke mana-mana cawangan.

 

Menariknya, pelanggan unifi dijanjikan Duit Raya berjumlah RM100 apabila melanggan pelan tersebut melalui unifi.com.my/syawalwithunifi.

 

Tahun lalu, unifi telah diiktiraf oleh World Branding Awards sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar terbaik di Malaysia. 

 

Tambah beliau, pihaknya akan meneruskan usaha untuk terus memberikan pengalaman perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan baharu. 

 

Menurutnya, melalui penawaran konvergens yang lengkap, pihaknya berhasrat untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan keluarga dan rakan serta mengimbau semula detik-detik hari raya yang bermakna sambil meraikan perayaan dengan cara tersendiri dalam masa yang mencabar ini. 

 

Ia turut menepati peranan unik Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai pemacu Digital Malaysia. - DagangNews.com