Perak boleh tarik lebih 11 juta pelancong jika Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dinaik taraf | DagangNews Skip to main content

Perak boleh tarik lebih 11 juta pelancong jika Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dinaik taraf

LTSAAS Ipoh perlu dinaik taraf bagi menjadikan ia lebih berdaya saing.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 17 Nov - Perak perlu menaik taraf taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh (LTSAS) yang dianggap kurang berdaya daya saing sekiranya ingin meningkatkan kedatangan pelancong.

 

Tanpa lapangan terbang berteknologi moden dan canggih, usaha untuk menarik pelancong dari luar negara pastinya kurang berkesan.

 

Justeru, Persatuan Usahawan Pelancongan Bumiputera Perak (PPPBP) mendesak kepada kerajaan negeri supaya melihat lebih serius terhadap keperluan tersebut.

 

Pengerusinya, Zamari Muhyi berkata, kemampuan sebuah lapangan terbang moden dan berdaya saing mampu memberi manfaat kepada 95 buah hotel di negeri ini khususnya Ipoh.

 

Airport
LTSAAS merupakan salah satu pintu masuk pelancong ke negeri Perak.

 

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan kesediaan untuk melibatkan sektor swasta dalam menaik taraf lapangan terbang yang kurang berdaya saing melalui Perkongsian Awam-Swasta (PPP), termasuk LTSAS, Ipoh. 

 

“Beberapa syarikat swasta telah menyuarakan minat dan komitmen untuk membuat pelaburan besar.

 

“Kita mengalu-alukan inisiatif kerajaan negeri menaik taraf LTSAS bagi membuka peluang penggiat industri pelancongan tempatan menarik lebih banyak pelancong antarabangsa,” ujarnya.

 

Zamri yang juga Setiausaha Agung Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia menambah, Perak berpotensi menarik lebih 11 juta pelancong sekiranya projek naik taraf LTSAS dilaksanakan, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

 

Airport

 

“Kita akui pembinaan lapangan terbang baharu tidak mudah, justeru pendekatan bijak adalah menaik taraf LTSAS.

 

“Berikan wajah baharu, kemudahan dan lain-lain untuk keselesaan penumpang. Itu yang penting,” katanya.

 - DagangNews.com