Perdana Menteri ucap terima kasih kepada Muhyiddin | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri ucap terima kasih kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha sepenuh tenaga dalam menghadapi kemelut yang melanda negara bersama Ahli-ahli Jemaah Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 

Dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri yang mengangkat sumpah semalam, turut menzahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat yang setia menyokong beliau daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS di bawah panji Barisan Nasional (BN).

 

’’Penghargaan turut dizahirkan kepada rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat daripada PPBM, PAS, GPS, STAR, PBS, SAPP, juga Ahli-ahli Dewan Rakyat Bebas yang memungkinkan terbentuknya kerajaan pada hari ini,’’ katanya. - DagangNews.com