Permohonan i-Sinar dibuka, ini cara memohonnya | DagangNews Skip to main content

Permohonan i-Sinar dibuka, ini cara memohonnya

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Permohonan i-Sinar yang membenarkan pengeluaran sehingga RM60,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah dibuka, bergantung kepada syarat kelayakan. 

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini berkata, langkah itu membolehkan 8 juta pencarum mendapat manfaat berbanding 2 juta sebelum ini. 

 

Katanya, semua ahli mengalami pendapatan terjejas layak untuk memohon pengeluaran Akaun 1 ini. 

 

"Tidak kira mereka yang hilang kerja atau terkurang pendapatan tahun ini, mereka layak membuat pengeluaran tanpa mengira sama ada bekerja di sektor formal atau bekerja sendiri, aktif mencarum atau tidak.

 

"Selagi pendapatan mereka terjejas dengan ketara, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 1 simpanan KWSP ini," katanya dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini. 

 

Tengku Zafrul berkata, mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP dan tunjukkan bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.

 

Oleh itu, pencarum perlu memastikan status kelayakan mereka untuk mengeluarkan simpanan menerusi skim i-Sinar ini.

 

Sebagai ringkasan, di bawah Kategori 1, pencarum dengan tidak lebih daripada RM100,000 simpanan dalam Akaun 1 boleh mengeluarkan dana sehingga RM10,000 bagi tempoh enam bulan.

 

Sementara itu, Kategori 2 pula terdiri daripada mereka yang mempunyai lebih daripada RM100,000 dalam akaun sama boleh mengeluarkan dana sehingga 10% daripada jumlah simpanan atau sehingga RM60,000 - yang mana lebih rendah.

 

Klik link ini untuk menyemak lebih lanjut kelayakan memohon i-Sinar.

 

Sekiranya pencarum belum membuat permohonan bagi Kategori 1 yang telah dibuka sejak semalam, DagangNews.com sediakan tutorial satu demi satu untuk permohonan i-Sinar KWSP.

 

1. Untuk mohon i-Sinar, pencarum boleh layari laman rasmi di https://isinar.kwsp.gov.my/.

i-Sinar

Pencarum KWSP hanya boleh menghantar permohonan i-Sinar dalam talian. Tiada permohonan yang dijalankan di kaunter fizikal KWSP selain pihak ketiga tidak dibenarkan memohon bagi pihak pencarum.

 

2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit

i-Sinar

Pastikan nombor pengenalan MyKad atau MyPR serta telefon bimbit adalah sah.

 

3. Tekan TERUSKAN

i-Sinar

 

4. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan

 

i-Sinar

                                                                                ATAU

 

i-Sinar

Tiada pendaftaran diperlukan, jika nombor telefon pencarum sudah berdaftar dalam i-Akaun, nombor itu akan digunakan untuk terima OTP dan gunakan nombor IC untuk log masuk.

 

5. Tetapkan Amaun Pilihan

i-Sinar

Pencarum perlu pastikan jumlah simpanan yang ingin dikeluarkan perlu dilaraskan. Laraskan ke kiri sekiranya ingin pengeluaran lebih rendah dan laraskan ke kanan sekiranya mahu keluarkan simpanan yang lebih besar.

 

Bergantung kepada jumlah Akaun 1, pencarum dibenarkan untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 atau 10% daripada baki akaun kurang daripada RM10,000.

 

6. Tetapkan bayaran bulan pertama dan tekan TERUSKAN

i-Sinar

 

Jumlah bayaran balik ini juga perlu dilaraskan mengikut ketetapan yang ada. Pencarum boleh laraskan ke kiri atau ke kanan untuk memilih amaun bayaran yang diingini.

 

Sekurang-kurangnya RM50 atau RM5000 amaun pilihan bagi bayaran bulan pertama.

 

Selebihnya akan diagihkan secara sama rata bermula bulan ke-2 hingga bulan ke-6.

 

7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi

i sinar

 

8. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN

i-Sinar

 

9. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan HANTAR

 

infografik

 

10. Permohonan diterima dan akan diproses

i-Sinar

 

Pencarum disarankan untuk membuat pertimbangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing. 

 

Baca : Fikir sejenak kewajaran rebut RM10,000 dari akaun KWSP kita

 

Bagi Kategori 2, permohonan akan mula dibuka pada 11 Januari 2021. - DagangNews.com