Persepsi sijil halal susah, lambat dan mahal adalah tidak benar, kata Jakim | DagangNews Skip to main content

Persepsi sijil halal susah, lambat dan mahal adalah tidak benar, kata Jakim

PUTRAJAYA 17 Ogos - Persepsi orang ramai bahawa permohonan mendapatkan pensijilan halal susah, lambat dan mahal adalah tidak benar, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh.

 

Beliau berkata statistik menunjukkan sebanyak 3,117 syarikat bumiputera telah memperoleh pensijilan halal Malaysia dan masih aktif sehingga kini.

 

"Banyak permohonan yang berjaya dikendalikan dalam masa kurang daripada tempoh 30 hari dan ini dapat dicapai apabila keperluan pensijilan dipenuhi dengan baik," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat bersama Agensi Pembimbing Usahawan secara maya hari ini.

 

Menurutnya, Jakim  bersama Jabatan Agama Islam Negeri  komited untuk merancakkan perkembangan industri halal di Malaysia terutamanya yang melibatkan usahawan bumiputera serta pembangunan industri kecil dan mikro yang lengkap dengan pakej produk bersama pensijilan halal Malaysia.

 

 

jakim
Datuk Abdul Aziz Jusoh

 

 

“Melalui saluran maklumat dan bimbingan yang betul, kita akan dapat merancakkan perkembangan industri halal dan juga perkembangan yang positif bagi pensijilan
halal Malaysia di peringkat global,” katanya. - DagangNews.com