Peruntukan imunisasi COVID-19 ditingkatkan kepada RM5 bilion | DagangNews Skip to main content

Peruntukan imunisasi COVID-19 ditingkatkan kepada RM5 bilion

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 17 Mac. - Kerajaan bakal meningkatkan peruntukan program imunisasi daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peningkatan peruntukan itu dibuat bagi mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021, berbanding sasaran awal iaitu pada suku pertama tahun 2022.

 

"Untuk mencapai sasaran ini, seramai 15,000 petugas akan ditempatkan di hampir 950 Pusat Pemberian Vaksin atau PPV di seluruh negara.

 

"Mengambil kira pertambahan tugas tersebut, Kerajaan bersetuju Bantuan Khas COVID-19 dengan kadar RM200,000 sebulan dipanjangkan kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV berkenaan," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) hari ini.

 

.

 

Pemerkasa akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan. 

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, hingga kini, lebih 300,000 ribu rakyat telah menerima suntikan pertama vaksin. 

 

Hari ini, beliau turut menjadi individu pertama yang menjadi penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dos kedua di Klinik Kesihatan Putrajaya.

 

Suntikan pertama vaksin sama diterima beliau pada 24 Februari lepas. - DagangNews.com