Petroleum Sarawak terima penarafan AAA daripada RAM Ratings | DagangNews Skip to main content

Petroleum Sarawak terima penarafan AAA daripada RAM Ratings

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Jan - RAM Rating mengesahkan semula penarafan korporat AAA/Stable/P1 untuk syarikat Petroleum Sarawak Berhad (Petros) milik Kerajaan Sarawak.

 

Agensi penarafan itu turut memberikan pengiktirafan AAA/Stable/P1 bagi Nota Terbitan Islamik Jangka Sederhana Pelbagai Mata Wang bernilai sehingga RM15 bilion (2021/2051) buat anak syarikat mereka, Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn. Bhd. (PSEP).  

 

Penarafan berkenaan katanya, mencerminkan kekuatan Kerajaan Sarawak dalam membuat penilaian terhadap kemampuan syarikat bagi menerajui pembangunan pembangunan rizab minyak dan gas (O&G) di negeri itu.

 

"Kami menjangkakan Petros akan menggunakan bantuan kewangan sekiranya diperlukan selain sokongan sokongan kawal selia daripada Kerajaan Sarawak (SSG)," katanya.

 

Agensi itu berkata, meskipun syarikat itu masih baru ditubuhkan, Petros merancang untuk membuat pelaburan dalam aset matang di dalam industri huluan bagi memastikan risiko operasi dapat diuruskan dengan baik.

 

Bagaimanapun, Petros tidak terlibat dengan penerokaan berisiko tinggi serta pembagunan lokasi baharu dalam industri huluan sebaliknya aset matang akan membantu memberikan aliran tunai kepada syarikat. 

 

fas

 

Petros menerusi anak syarikatnya, PSEP melengkapkan pengambil alihan 50% dan 20% kepentingan penyertaan di dalam dua kontrak perkongsian pengeluaran berasingan pada 1 Januari 2021.

 

"Bagi setengah tahun kewangan (1H FY) Disember 2021, kumpulan tersebut mencatatkan perolehan dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM569.3 juta dan RM168.2 juta dengan keuntungan operasi sebelum susut nilai, faedah dan cukai (OPBDIT) dengan margin 68%.

 

"Selepas baki pelaburan sempurna menjelang tahun fiskal 2024, perolehan tahunan dan OPBDIT dijangka melebihi RM3.5 bilion dan RM1.5 bilion masing-masing," katanya.

 

gas

 

Agensi itu berkata, Petros juga terdedah kepada harga minyak yang tidak stabil di pasaran ekoran pembukaan semula sektor ekonomi dan pandemik COVID-19 selain permintaan terhadap produk itu dijangka meningkatkan harga pasaran ke paras tertinggi baharu.

 

Katanya, harga dijangka mula stabil pada tahun hadapan dengan dengan momentum pengeluaran akan menyamai permintaan.

 

"Walaupun mereka tidak terlibat dengan pelaburan penerokaan dan pembangunan, kumpulan itu masih memerlukan purata RM800 juta setahun untuk perbelanjaan tahunan bagi mengekalkan pengeluaran produk," katanya. - DagangNews.com