P.I.E. Industrial dijangka sukar penuhi tempahan jika perkembangan kapasiti operasi terganggu | DagangNews Skip to main content

P.I.E. Industrial dijangka sukar penuhi tempahan jika perkembangan kapasiti operasi terganggu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mei - MIDF Research menjangkakan P.I.E. Industrial Berhad akan berhadapan kesukaran untuk memenuhi tempahan pelanggan sekiranya berlaku penangguhan dalam perancangan pengembangan kapasiti operasinya.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu juga akan berdepan tekanan dari segi pertukaran wang asing dan kemungkinan pembatalan projek daripada pelanggan utama mereka.

 

"Bagaimanapun, kami kekal positif terhadap kumpulan ini kerana mereka memiliki senarai tempahan stabil daripada pelanggan utama mereka selain hubungan baik bersama pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), Foxconn," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, P.I.E. Industrial mencatatkan keuntungan teras sebanyak RM18.8 juta bagi 1QFY22 selaras dengan jangkaan firma itu dan ia mewakili 27% dan 25% daripada jangkaan penuh untuk pendapatan tahunan kumpulan.

 

Pendapatan kumpulan itu menurun kepada RM267 juta dan hanya pendapatan daripada bahagian wayar serta kabel mencatatkan perkembangan kerana tembaga mencatatkan harga yang tinggi sekali gus meningkatan purata harga jualan (ASP).

 

Walaupun beroperasi dengan pengurusan kos yang lebih cekap, keuntungan sebelum cukai (PBT) kumpulan menurun kepada RM23.6 juta kerana margin keuntungan produk yang lebuh rendah.

 

Firma itu berkata, sebagai perbandingan dengan 1QFY21, pendapatan RM267 juta adalah lebih tinggi kerana tempahan menerusi bagaian wayar dan kabel adalah lebih banyak .

 

Katanya, margin PBT kumpulan mengembang daripada 3% to 8.8% (1QFY21: 5.7%) akibat tanggungan perbelanjaan operasi (opex) yang rendah selain campuran produk yang lebih mendapat perhatian serta nilai tukaran wang asing yang tinggi.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' untuk saham kumpulan dengan harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu RM3.45 berbanding RM4.20," katanya. - DagangNews.com