PKP dilaksanakan semula? Ini faktanya | DagangNews Skip to main content

PKP dilaksanakan semula? Ini faktanya

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Rakyat Malaysia mungkin sekali lagi terpaksa berdepan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) sekiranya kes jangkitan COVID-19 berada pada tahap kritikal. 

 

Tetapi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, PKP kali ini jauh berbeza dengan apa yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu. 

 

Kerajaan dilihat akan mengubah strategi pelaksanaan PKP supaya lebih bersasar dan bersifat setempat berbanding melaksanakannya di seluruh negara. 

 

Buat masa ini, perkara berkenaan masih di peringkat perbincangan Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan akan memutuskannya tidak lama lagi.

 

PKP sebelum ini telah menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM2.4 bilion sehari dan jika situasi itu berulang, ia akan melumpuhkan bukan saja ekonomi tetapi juga sistem kesihatan awam.

 

Namun, Kementerian Kesihatan mempunyai fakta yang kukuh mengapa PKP kali ini tidak dapat dielakkan.

 

Ini fakta yang harus anda tahu : 

 

1- Sistem penjagaan kesihatan ketika ini berada di tahap kritikal dan bergelut untuk menangani jumlah pesakit COVID-19 yang semakin bertambah. 

 


2- Kebimbangan sistem sedia ada sekarang tidak dapat menampung jumlah pesakit jika kes berterusan meningkat kerana hospital di negara ini mampu menampung sehingga 23,000 pesakit dalam satu masa

 

3- Semalam negara merekodkan kes baharu tertinggi sebanyak, 2,593 dengan keseluruhan kes berjumlah 125,438 dan kes aktif hampir mencecah 24,347 

 

3- PKP di zon merah dan hijau perlu berbeza dan harus bersasar

 

4- Dalam sidang akhbar semalam, ada 14 kluster baharu bagi kes rentas negeri dan aktiviti sosial sejak PKP dilonggarkan pada 7 Disember. - DagangNews.com