PLUS laksana kerja penyelenggaraan Sistem Sokongan RFID 17-18 Ogos | DagangNews Skip to main content

PLUS laksana kerja penyelenggaraan Sistem Sokongan RFID 17-18 Ogos

PETALING JAYA 16 Ogos –  PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem RFID yang akan melibatkan plaza tol terpilih kendaliannya mulai jam 1 pagi hingga 4 pagi pada hari Selasa, 17 Ogos 2021 dan Rabu, 18 Ogos 2021.

 

Menurut PLUS, ia adalah satu daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan dan penambahbaikan pengalaman pengguna di sepanjang lebuh rayanya.

 

Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut akan melibatkan pengguna RFID di kawasan berikut:

• 9 plaza tol dari Hutan Kampung ke Sg. Dua

• Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang

• Plaza Tol Jitra

• Plaza Tol BKE - Kubang Semang & Lunas

• Plaza Tol SPDH - Mambau & Lukut

• Plaza Tol Kempas

• Plaza Tol LINKEDUA - Perling, Lima Kedai & Tanjung Kupang

 

Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata,  penyelenggaraan dan penambahbaikan ini melibatkan peningkatan kemampuan Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) di Persada PLUS yang mungkin menjejaskan keberkesanan operasi sistem RFID di plaza tol secara keseluruhannya.

 

‘’Walaubagaimanapun, sistem kad Touch 'n Go masih berfungsi seperti biasa dan boleh digunakan sebagai alternatif,” kata beliau.

 

Sehubungan itu kata Zakaria, para pengguna juga dinasihati untuk merancang perjalanan mereka dan memastikan baki kad Touch ‘N Go mereka sentiasa mencukupi. – DagangNews.com